بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 15: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20262 min read

SIRI 15 :

سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2 nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid

11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan


SYARAT KE-6

Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.

Seorang Shaikh yang benar adalah sentiasa BENAR didalam perkataan dan perbuatannya. Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq

Ini amat berbeza dengan Ulama2 us-su (ulama jahat) dan Ulama sesat yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu. Mereka sanggup menipu ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah / Pemimpin.

SYARAT KE -7


Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .

Hidup beliau penuh di dalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan. Sebaliknya hidup beliau menjauhkan segala urusan yang menghambatnya kepada keduniaan. Pandangan dan perjuangan beliau adalah seperti perjuangan Nabi صلى الله عليه وسلم, bersifat sederhana dan memadai dengan pemberian Allah dan tiada berhenti menyeru manusia kepada Kalimah Tauhid!

Demikianlah mereka mencontohi kehidupan Rasulullah ﷺ dalam kepimpinan mereka.

Seseorang yang mengaku Murshid tetapi mengumpul2 kekayaan atau hidup mewah di atas harta yang ditagih dari murid2nya, tidak boleh dikatakan Murshid yang haq, sebaliknya dia adalah hamba dunia dan nafsu!

Imam Asy-Sya'rani berkata :

“ Di antara tanda benarnya seorang Shaikh Mursyid adalah : Tidak menyalah-gunakan amanah para muridnya, tidak menggunakan harta benda mereka dalam bentuk dan kesempatan apa pun dan juga tidak menginginkan apa yang ada pada mereka.\

[Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah Fi Ma’rifati Qawa’idus- Sufiyyah].

Lain halnya, jika seorang Shaikh itu memperoleh kemudahan2 berupa kebendaaan atau lain2 dari sumbangan ikhlas muridnya atau dari orang2 lain, maka ini tidak menjadi kesalahan.

Ertinya kemungkinan Allah Ta’ala melimpahkan kekayaan harta kepada setengah2 Mursyid. Walau bagaimanapun seseorang Shaikh Mursyid TIDAK sama sekali terpengaruh dengan kekayaan yang Allah melimpahkan padanya. Beliau akan tetap dan terus ubudiyyah dan khidmat kepada Ummat, tanpa henti. Bagi mereka ada atau tiadanya dunia sama sahaja.

SYARAT KE-8

Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia didalam pergaulan Serta mencontohi segala akhlaq Nabi.

Beliau memiliki sifat2 Nabi seperti sifat penyayang halim dan sifat2 kemuliaan yang lainnya. Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada ketuhanan. Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia. Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama.

Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama. Ataupun seseorang yang sangat keras hati, atau menyombong diri..... semua ini bertujuan mendidik, bukan kemarahan kerana nafsu.

Namun beliau bukanlah orang yang selalu di dalam keadaan demikian. Inilah yang disebut oleh Imam Jailani dengan kata beliau:

"Dia (Murshid) mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang."

[Qala’id Al-Jawahir]