Siri 15: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 15 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12.0 Realiti Zaman - Menyambut Idul Fitr yang Merugikan
Oleh kerana tidak memahami hakikat puasa Ramadhan, hakikat Idul Fitr, maka sebahagian Ummat ini menyambut Idul Fitr dengan cara2 yang tidak mempunyai ruh agama. Sebahagian lagi menyambut degan cara2 yang terang-terangan berlawanan dengan Agama.
(1) Makan minum tak terkawal.
Ada sebahagian ummat melepaskan perasaan dengan makan minum yang tidak terkawal sebaik mula Idul Fitr. Nafsu yang dilatih dan diikat dengan beberapa latihan semasa Ramadhan, dilepaskan supaya dapat kepuasan maksimum.
(2) Pembaziran pada pakaian, perhiasan dan makanan.
Ramadhan melatih diri supaya “qanaah” (berpada), jimat cermat pada segala hal. Tetapi pada Idul Fitr yang disebut sebagai Hari Raya, semuanya terbalik. Wang ringgit yang berlebihan yang sepatutnya di- hulurkan kepada faqir miskin dihabiskan untuk kehebatan dan kemegahan.
Ada yang bermegah2 di dalam tv, internet menunjukkan kehebatan menempah berpuluh pasang pakaian.
Allah dan Rasul-Nya tidak melarang pakaian yang serba baru mengikut kemampuan masing2. Tetapi berpadalah. Ingatlah kepada yang lebih memerlukan.
(3) Bersiar-siar /melancong dengan perbelanjaan besar.
Sekali lagi, inilah salah satu penyakit ummat, terutama mereka yang mempunyai kewangan melimpah ruah.
Selepas terkurung selama sebulan , jiwa ingin mencari kedamaian di luar seperti bulan2 biasa. Maka habislah puluhan ribu untuk tujuan melancong sahaja.
Tidaklah menjadi kesalahan untuk melancong, mengambil angin, bersiar2. Tetapi berpadalah. Walaupun kamu orang yang sangat kaya-raya, jangan bakar wang sebegitu banyak semata2 untuk kepuasan diri. Carilah yang sederhana. Apalah salahnya bersiar2 ke tempat2 berdekatan yang tiada makan belanja besar?
4) Berkumpul ramai2 campur lelaki perempuan bukan mahram.
Ini satu lagi tradisi masyarakat kita yang bertentang dengan ruh agama dan sekaligus hilangkan segala penat lelah Ramadhan.
(5) Gambaran Negatif Media Letronik
Rancangan2 TV dan media letronik lain menggambarkan seolah2 Idul Fitr itu adalah hari perayaan yang perlu diraikan dengan berbagai hiburan campur aduk laki wanita sehingga hilang nilai2 yang diraih hasil puasa.



