Siri 16: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 16 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2 nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid
11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan
SYARAT KE-9
Wajahnya, perkataannya, gerak gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.
Sesungguhnya ini satu dari tanda terbesar bagi menunjukkan kebenarannya seorang Shaikh Mursyid.
Bagi siapa2 mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang yang benar.
Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat2 wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai kesusahan!
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat”
[Imam Al-Haakim ]
Rasulullah ﷺ bersabda :
إِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ
“ Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, da nada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglag bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelekan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.
[Imam Ibnu Majah]
Para Ulama Ahli Sunnah yang arif mentafsirkan bahwa yang dikehendaki dengan Hadith2 tersebut adalah Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah dengan kebenaran.
Kamu melihat tanda2 ini dan akan terpancar dalam hati kamu bahwa inilah Shaikh Mursyid yang kamu mencari selama ini. Jika tidak ada tanda2 ini, maka kamu tak perlu bai'at dengannya.
SYARAT KE-10
Terkenal di tempat jauh.
Seorang Shaikh yang benar akan dikenali oleh mereka2 yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh.
Ulama2 meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan2 palsu.



