بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 16: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20261 min read

Siri 16 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sambungan.....

12.0 Realiti zaman - Menyambut Idul Fitr yang merugikan.....

(6) Istilah Rumah Terbuka.(open house)

Istilah rumah terbuka (open house) adalah tidak sesuai dengan ruh agama.

Ini kerana, asalnya ia adalah tradisi orang bukan Islam yang menganjurkan pesta makan minum dan kebebasan pergaulan antara lelaki / wanita bukan mahram. Maka sebahgian ummat Islam meniru konsep tersebut sehingga terjadi kerosakan.

Jika Istilah rumah terbuka dikatakan sebagai jamuan Idul fitr, maka ini mungkin lebih munasabah dan lebih sesuai. Namun apa yang lebih mustahak adalah cara menyambutnya dan niat menyambutnya.

Sememangnya sangat baik berkunjung sanak saudara untuk eratkan siratur-rahim kerana itu setengah anjuran Agama. Namun berhati hatilah...! Janganlah sampai berlebih-lebihan atau sampai membazir.

Janganlah jadikan jamuan idul Fitr sebagai medan selera "balas dendam" puasa sebulan, makan minum sebanyak2nya sehingga di luar batasan. Sebulan Ramadhan ikat nafsu, tetapi nafsu yang diikat tadi dilepaskan untuk memenuhi segalanya sepuas2nya.

Jika demikian, mana hasil Ramadhan? Bukankah segalanya menjadi debu...?

Inilah di antara beberapa cara dan perlakuan yang membawa kepada kerugian. Ada di antara mereka dapat mengawal diri pada bulan Ramadhan tetapi apabila sampai Idul Fitr, segalanya amal hangus terbakar disebabkan kerakusan nafsu menyambut “Hari Raya”. Ada yang lain pula tidak langsung menghayati puasa, sudah tentulah Idul Fitr tiada makna apa2 pada mereka.

Perlakuan2 seperti ini bukan sahaja menyebabkan puasa tak diterima, sebaliknya membawa kemurkaan Allah Ta’ala.

✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak memerlukan dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”

[Imam Bukhari ]

✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan melalaikan dan ucapan keji. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat gangguan padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.

[Imam Ibnu Majah ]

✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”

[Imam At- Thabaroni]

Moga kita terhindar dari mengikuti jalan2 kebatilan dan kesesatan yang sudah pasti mengundang kemurkaan Allah Ta’ala.