Siri 17: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 17 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Sambungan Syarat Mursyid 10 Perkara)
Demikianlah kami himpunkan 10 syarat yANg wajib ada pada seorang Shaikh Mursyid /Ahli Sufi/ Ahli Ma'rifat/ Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar). Syarat2 ini diambil daripada Wali-Wali Allah yang terkenal; di antaranya Al Ghawth Al-A'zhom Qutb Rabbani Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Shaikh Abu Hasan Asy Syazili, Shaikh Junaid Al Baghdadi, Shaikh Ahmad Kamasykhanawi, Shaikh Hujweri, Shaikh Yahya Al-Kholidi dll.
Mudah2an ianya menjadi panduan berguna bagi pencari2 kebenaran / jalan menuju Allah yang haq.
Para Wali Allah, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq telah meletakkan garis panduan yang cukup lengkap dan penuh sistematik. Semua syarat, peraturan dan adab yang disusun itu adalah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul. Mereka BUKAN menetapkannya mengikut nafsu. Mereka adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah, mereka musyahadah wajah Allah (menyaksikan wajah Allah) pada setiap saat... Sehingga setiap suatu yang mereka memperbuat adalah di dalam keredhaan Allah.
Maka sayugianya, jangan ada yang cuba pertikaikan peraturan yang telah mereka susun. Ada kalanya setengah perkara yang mereka susun tidak sesuai dengan pendapat aqal atau nafsu kita, tetapi mereka lebih arif berkenaan apa yang diperlukan oleh Ummat.
12.0 SHAIKH PALSU/ SESAT
Bagi setiap perkara kebaikan pasti wujud di sana anasir yang bertentangan dengannya.
Di dalam hal Toriqat, Keruhanian, Shaikh Mursyid, Ahli Sufi, perkara ini tidak ketinggalan.
Sepanjang zaman, ada saja manusia2 terpesong dari jalan kebenaran mendakwa dirinya sebagai Mursyid, Ahli Sufi sedangkan mereka adalah pendusta yang mencari keuntungan duniawi.
Oleh kerana inilah Imam Jilani berikan amaran supaya hati-hati memilih Shaikh Musyid. Jangan terpesona dengan " wayang sandiwara" yang dilakukan oleh Guru2 Palsu atau Guru Sesat.
Untuk keterangan lanjut, Sila rujuk artikel terdahulu tajuknya :
"Sufi Benar dan Sufi Palsu"
13.0 KELEBIHAN BERBAI'AT DAN IKUTI SHAIKH MURSYID
Para Masyaikh (plural bagi Shaikh) telah menyebut kebaikan2 yang amat banyak yang diperoleh oleh murid melalui bai'at dengan Shaikh Mursyid yang siddiq.
(1) Memperoleh limpahan ruhaniyah Gurunya, yang membuka kepada pintu hidayah dan kebenaran. Dengan demikian tetap hati pada Iman dan amal serta tetap hati pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
(2) Menolak segala was-was nafsu dan bisikan Iblis yang sentiasa menimbulkan keraguan di dalam hati
(3) Menolak gangguan jinn syaitan seperti histeria, rasukan, sihir dll.
(4) Membantu mengikis sedikit demi sedikit sifat mazmumah.
(5) Membantu hapuskan syirk2 khafi yang merosak Iman dan cemarkan Ibadah.
(6) Memperoleh kebahagiaan hati, kelapangan hidup. Walau pun rezekinya sedikit namun mencukupi.
(7) Memimpin kepada pintu-pintu Ma'rifat, iaitu Tauhid yang suci murni. Dan inilah pokok faedah /kepala keberuntungan bagi murid.



