Siri 17: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 17 - akhir :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
11.0 Rumusan Ringkas Hikmah Ramadhan dan Rahsia 'Idul Fitr :
💫🏆Bulan Ramadhan adalah bulan mulia penuh keberkatan, Keampunan Allah dan Limpahan Rahmat yang tidak terhingga bagi orang2 Islam.
💫🏆Bulan Ramadhan adalah medan mujahadah untuk menebus menebus dosa2 lalu (dosa kecil).
💫🏆 Bulan Ramadhan adalah Madrasah menyucikan diri, peluang meningkatkan Tauhid peringkat awam kepada Tauhid hakiki yang suci murni seperti yang dituntut oleh Allah. (Tauhid Salikin dan Arifin)
💫🏆 Hamba2 Allah yang menunaikan puasa dan ibadah Ramadhan dengan benar ikhlas serta mematuhi sekalian syarat zahir dan batin, maka dia akan memperoleh kesucian hati, Tauhid suci murni dan Taqwa.
💫🏆Hakikat 'Idul Fitr adalah lambang kesucian insan yang kembali kepada fitrah dirinya yang suci. Di dalam pengertian lain adalah mereka yang memperoleh TAQWA.
💫🏆Cara menyambut 'Idul Fitr yang terbaik yang dituntut adalah dengan membanyakkan zikr Allah dan memuji-Nya dan membesarkan-Nya di sebabkan anugerah Rahmat yang tidak terhingga kepada kita.
💫🏆 'Idul Fitr bukan penutup bagi Ramadhan, sebaliknya ianya adalah sebuah lagi pintu kesucian kepada suatu kehidupan penuh Keimanan yang diredhai Allah Ta’ala.
💫🏆 Jauhkan diri dari cara2 berpuasa dan menyambut Idul Fitri dengan jalan2 yang tidak diredhai Allah. Cuba buat perubahan dari sekarang.
💫🏆Orang2 abid yang gemar memikirkan / menuntut2 pahala2 bagi setiap amalnya perlu mengubah sikapnya terhadap Allah Ta'ala. Usahakan sungguh2 mencari ikhlas dan Redha Allah.
Ahli Ma'rifat berikan perumpamaan :
Orang yang menuntut2 pahala dari Allah Taala disebabkan amal ibadahnya adalah bagaikan buruh yang menuntut upah dari majikannya. Sementara orang yang mencari redha dan Kasih Allah adalah umpama hamba yang menyerahkan dirinya kepada Allah tanpa soal.
Setiap orang beriman perlu belajar berubah menjadi hamba Allah bukan kekal selamanya menjadi buruh yang meminta upah dari Allah. Sedangkan diri kita pun milik Allah..... bagaimana yang tiada memiliki apa2 menuntut sesuatu dari Yang Maha Pemilik, Yang Maha Memiliki segalanya?
💫🏆 Arif Billah mencapai hasil puasa Khawasul khawas yang tertinggi diikuti oleh salikin yang sampai / memperoleh Peringkat Khawas.
Jika kamu tak mampu meraih Taqwa peringkat tinggi, usahalah agar sampai Maqam Taqwa yang pertama iaitu Maqam Tauhid Af'al. Jangan selamanya duduk peringkat orang awam.
✨🏆🏆🏆✨
______________________✍
Alhamdulillah atas Limpah Kurnia Allah bagi menyiapkan Risalah kecil ini. Moga menjadi panduan ummat memperoleh puasa yang mabrur, kesucian hati dan Taqwa.
َللهُمَّ اجْعَلْ لِىْ نُوْرًا فِىْ قَلْبِىْ وَنُوْارًا فِى قَبْرِىْ وَنُوْارً فِىْ سَمْعِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَصَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ شَعْرِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَشَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ لَحْمِىْ وَنُوْارً فِىْ دَمِىْ وَنُوْرًا فِىْ عِظَامِىْ وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِىْ وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِىْ وَنُوْرًا عَنْ شِمَالِىْ وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِىْ وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِىْ. اَللهُمَّ زِدْنِىْ نُوْرًا وَاَعْطِنِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِىْ نُوْرًا.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
- Tammat -
_______________________
Bimbingan :
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴



