بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 18: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 18 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID


Berikut adalah contoh2 soalan dan jawapannya dari Guru2 kami berdasarkan kemusykilan yang pernah dikemukakan kepada mereka oleh murid2 mereka:


SOALAN 1

Ya Sayyidi, apakah hukum mencari, Bai'at dan mengikuti seorang Shaikh Mursyid?

Jawapan :

Wahai anak, mencari Guru Mursyid yang Siddiq (yang benar) iaitu Guru keruhanian yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin adalah fardhu ain, (wajib) menurut kesepakatan Ulama Ahlus Sunnah, kerana tidak ada jalan menyucikan hati (melenyapkan segala sifat2 keji dan syirik khafi ) serta memperoleh jalan2 Hidayah kepada Tauhid yang murni melainkan dengan pimpinan seorang Shaikh Mursyid.

Kata Imam Ghazali :

”Bergabung dengan kalangan Sufi (Shaikh Mursyid) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun bebas dari 'aib atau kesalahan kecuali para Nabi”.
[Ihya Ulumuddin]

Kata Imam Ghazali lagi :

Apabila engkau telah mengetahui bahwa tanaman memerlukan perawat, maka engkau akan mengetahui bahwa seorang salik mesti mempunyai seorang Mursyid. Sebab Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Dan sebelum Rasulullah ﷺ wafat, Baginda telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya, sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”

[Ihya Ulumuddin]


Penjelasan

Maksud Imam Ghazali dari perkataan beliau …

"Allah mengutus Rasulullah untuk bimbing manusia kepada jalan lurus"………

Ia itu Allah Ta'ala mengutus Rasulullah ﷺ untuk pimpin manusia kepada jalan Tauhid yang suci. Rasulullah ﷺ telah sungguh2 mendidik para Sahabat kepada jalan suci ini sehingga menjadi insan2 suci yang diredhai Allah.

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, apakah akan jadi kepada Ummat? Adakah mereka ditinggalkan tanpa bimbingan? Tidak !

Mereka pasti ada pembimbing yang pimpin tangan mereka kepada Allah. Siapakah mereka?

Ini kata2 Imam Ghazali dalam ungkapan beliau…

"Dan sebelum Rasulullah ﷺ wafat, Baginda telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah."

Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ para Sahabat menyambung tugas Rasulullah mendidik ummat Islam, sebagaimana mereka sendiri pernah dibimbing oleh Rasulullah ﷺ kepada kesucian Tauhid dan kemuliaan di sisi Allah.

Demikian pula setelah kewafatan para Sahabat Ridhwanullah, Shaikh2 Mursyid (yang telah menerima didikan Sahabat) menyambung tugas mendidik pula generasi ummat berikutnya.

Dengan ini Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ yang asli TIDAK pernah hilang, tetapi disambung oleh Pewaris Rasulullah yang memperoleh AMANAH khusus dari isyarat Rasulullah ﷺ terus-menerus hingga Qiamat.

Kata Imam Ghazali...
"Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”

bermaksud,.

Semua orang Islam (termasuk orang2 alim kitab) yang ingin menempuh jalan kebenaran menuju Allah sebagaimana para sahabat dan Ulama2 terdahulu, adalah suatu kemestian dia mempunyai seorang Shaikh Mursyid sebagai pembimbingnya.