بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 19: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20262 min read

SIRI 19 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 2

Ya Sayyidi, apakah cara yang saya boleh pastikan Guru itu Mursyid yang benar dan bukan Mursyid palsu? Saya bimbang ditipu oleh Guru Palsu yang menyamar sebagai Mursyid.

Jawapan:

Wahai anak, untuk mencari Guru Mursyid yang benar hendaklah kamu mengikuti panduan ini :

✅Pertama:


Niat kamu mesti betul dan lurus IKHLAS kerana Allah.

Jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah dan keredhaan Dia, pasti Allah akan tunjukki Shaikh Mursyid yang benar.

Sebaliknya jika kamu mempunyai niat2 yang menyimpang seperti kamu ingin menjadi kebal, ingin mendapat keramat2, ingin menjadi tabib, ingin terkenal sebagai ahli Toriqat, ingin menjadi kaya-raya, ingin mendapat pangkat kedudukan dll... Ataupun kamu mempunyai niat2 menyimpang yang lebih halus seperti : Kamu ingin memperoleh maqam2 wali, atau kamu ingin menjadi majzub (terkenal sebagai orang yang mendapat hikmah tanpa guru) ... semua ini adalah niat2 tidak benar / TIDAK IKHLAS yang menghantarkan kamu kepada kebinasaan.

Jika kamu mempunyai niat2 menyimpang ini, maka tidak mustahil kamu akan menjumpai Guru palsu atau Guru sesat, sesuai dengan niat kamu yang menyimpang. Ini kerana niat2 yang tidak ikhlas adalah kesukaan Iblis, maka Iblislah yang menjadi pemimpin kamu.

Sebaliknya jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah, mencari redha dan kasih Allah, pasti Allah akan tunjukki yang benar juga. Ini kerana hati yang ikhlas TIDAK boleh dimasuki oleh Iblis La'natullah.


✅Kedua:


Selidiki syarat2 Shaikh Mursyid yang siddiq.

Setelah kamu luruskan niat semata2 kerana Allah dan BUKAN kerana lain, maka seterusnya pastikan orang dikenali sebagai Mursyid itu memiliki syarat2 sebagai seorang Shaikh Mursyid yang benar.

JANGAN sesekali memilih Mursyid untuk mencari dunia atau untuk kehebatan diri atau Guru yang suka menunjuk2 kelebihan2 luar biasa seperti terbang sana sini, buat silap mata dsb yang dibuat oleh bomoh atau tukang silap mata.

Kamu mesti memilih Guru yang benar2 bawa kamu kamu mengenal Allah. Periksa syarat2 Mursyid Siddiq yang telah disebut dulu.


✅Ketiga


Solat hajat dan istikharah mohon petunjuk Allah.

Setelah pastikan dua perkara di atas, maka solatlah mohonlah petunjuk Allah, Insya Allah kamu akan dapat jawapannya.

Telah berkata Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

“Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat ) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil 2 rakaat (solat sunnat) di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta’ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia (Allah) memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta’ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta’ala.

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidh-ur-Rahmaniy)”