Siri 2: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
Siri 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 ASAS DAN MATLAMAT BAI’AT
Asas Bai’at di dalam Islam tidak lain melainkan menyempurnakan Matlamat Sekalian Anbiya dan Mursalin diturunkan oleh Allah ke atas muka bumi, Kemudian disambung oleh para Auliya Allah, Warisatul Anbiya... iaitu mendirikan Kalimah Tauhid, Kalimah Agung…
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
Ini bermakna tujuan Bai’at adalah untuk :
✅Menyempurnakan Tauhid di dalam diri.
✅Menyempurnakan Ubudiyyah zahir dan batin
✅Memerintah keluarga, masyarakat, negara dan Dunia dengan Hukum Allah.
✅Mendirikan Kalimah Allah di seluruh muka bumi.
. 4.0 HAQIQAT BAI’AT
Ahlus Sunnah Wal Jamaah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai’at itu adalah pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang menerima Bai’at.
Seseorang yang menerima Bai’at dari manusia lain sama ada Beliau itu Rasul, Warisatul Anbiya’, Khalifah, atau Pemimpian lainnya, hanyalah sebagai Wasilah (perantaraan) untuk sampai kepada Allah, sedangkan hakikatnya mereka bersumpah dan janji setia kepada Allah Ta’ala.
Di sini kita melihat suatu ciri unggul Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu bertawassul kepada seseorang yag dikasihi Allah untuk memperoleh kebaikan dari Allah Ta’ala.
Firman Allah:
سُوۡرَةُ الفَتْح
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”
[Al-Fath (48) : ayat 10]
Firman Allah ini adalah mengandungi Kalimat-Kalimat Agung, suatu Pengisytiharan Sejagat berhubung dengan Rahsia Bai'at.
Mereka2 (Ummat Islam yang benar2 beriman) yang Bai'at Janji Setia kepada Rasulullah ﷺ adalah di dalam Perhatian Allah yang khusus. Allah Ta'ala menjanjikan Ganjaran Besar bagi mereka yang sungguh2 menyempurnakan janji mereka.
Ganjaran yang dijanjikan itu BUKANLAH harta benda duniawi atau kemewahan kekayaan atau pangkat kedudukan di sisi manusia. Tetapi jauh lebih mulia dari itu iaitu Syurga Melihat Wajahnya ketika di dunia ini lagi.
Jika Ganjaran besar yang dijanjikan itu berupa harta benda duniawi atau pangkat kedudukan di sisi manusia, sudah tentu para Sahabat lebih layak menerimanya. Tetapi ternyata para sahabat kebanyakannya dhaif. Tetapi mereka kaya dengan IMAN. Kaya dengan TAUHID, kaya MA'RIFAT.
Mereka sudah diperlihatkan oleh Allah ganjaran yang menanti mereka di akhirat. Bahkan mereka telah dibukakan mata hati untuk melihat Allah di dunia ini lagi.
Oleh kerana itu tiadalah mereka hairan dengan dunia ini, mereka cuma rindu untuk kembali kepada Allah.



