Siri 2: Mengapa?
MENGAPA HAFIZ QUR'AN IMAM SOLAT, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN
MENGAPA?
■■■■■■■■■■■■■■■■■
MENGAPA HAFIZ QUR'AN
ALIM FIQH, RAJIN SOLAT
PUN KENA GANGGUAN
JINN SYAITAN (Siri 2)
■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1.0 Penjelasan Pertama : Kejadian Jinn, Iblis dan Syaitan:
=================================================
Sebelum melihat penjelasan lanjut berkenaan cara2 Iblis dan kuncu2 dia menggoda dan menyesatkan manusia, ada baiknya kita perhatikan secara ringkas Siapakah yang dikatakan Iblis, Jinn, dan Syaitan — persamaan dan perbezaannya.
JINN / AL JINNU:
_____________________
Ta'rif :
Al Jinnu ( اَلجِنُّ ) berasal dari kata : Janana ( جَنَنَ ) bermaksud suatu yang tersembunyi atau suatu yang ditutupi, terlindung dari pandangan mata kasar.
Menurut Syara', jinn adalah makhluq halus yang tersembunyi atau ditutupi dari pandangan manusia umumnya. Manusia (umumnya) tidak dapat mengetahui hal-hal bersangkutan dengan jinn, kecuali orang2 tertentu yang diberi izin oleh Allah melihatnya. Tiga golongan yang dapat melihat Jinn dan alam Jinn.
Pertama : Ahli Ma’rifat
Allah Ta'ala bukakan pandangan Ahli Ma'rifat kepada alam Jinn sebagai suatu Kurniaan-Nya. Tujuannya adalah untuk membenteras serta menjauhkannya dari mengganggu murid2 mereka. (salikin)
Kedua : Ahli Sihir / bomoh / dukun /Pawang
Ahli Sihir juga diberi izin oleh Allah Ta’ala melihat alam Jinn sebagai suatu istidraj, iaitu kelangsungan membinasakan diri sendiri. Oleh kerana niat mereka adalah melakukan kejahatan, maka dilorongkan / dibiarkan mereka di dalam kesesatan.
Ketiga : Orang awam
Orang awam atau Salikin juga kadangkala diperlihatkan kepada alam jinn sebagai suatu dugaan. Hal demikian BUKAN terbuka hijab, BUKAN Anugerah Allah Ta'ala. Maka golongan ini perlu hati2 jangan terpedaya dengan kata2 Jinn. Mereka ini WAJIB mendapat pimpinan Guru yang Arif (Mursyid / Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi yang benar).
Asal Kejadian:
Bapa segala Jinn dinamakan "Jaann", iaitu asal bagi sekalian bangsa Jinn, Sebagaimana Adam menjadi bapa bagi sekalian manusia, maka "Al-Jann" ini adalah bapa bagi segala bangsa Jinn.
Al-Jaann adalah makhluq halus yang dijadikan daripada api yang menjulang tinggi.
Firman Allah :
وَخَلَقَ الْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
“Dan Dia (Allah) telah menciptakan Jann (al-jann iaitu bapak jinn) dari lidah api yang menjulang-julang”
[Ar-Rahman (55) : Ayat 15]
Maksud kata2 Allah “Al-Jaann” di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada jinn yang awal2 dijadikan. Asal-usul jinn iaitu bapak segala jinn sebagaimana Adam itu bapak segala manusia, demikianlah “Jann” adalah bapak segala jinn.
Maksud kata2 Allah, " مِن مَّارِجٍ“ (maarij min-nar ) adalah yang api yang marak menjulang yang tiada asap (smokeless fire). Dari sudut sains, api yang paling panas adalah api yang tiada asap kerana terjadi pembakaran lengkap (complete combustion). Ini Bermakna Jinn yang pertama (Al-Jannu) dijadikan oleh Allah Ta’ala dari api yang sangat panas.
Kata Ibnu Abbas,
"Al Jann, iaitu bapak segala Jinn diciptakan dari api yang sangat tulin dan yang paling cantik (seperti api berwarna biru, hijau atau putih semuanya sangat cantik pada pandangan).
Kata Imam Alusi :
Maksud “maarij” adalah api tulin yang tidak ada asap”
Firman Allah :
وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ
Dan jinn pula (al-jann iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu, dari api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma
[Al-Hijr (15) : Ayat 27]
Di dalam ayat ini sekali lagi Allah Ta’ala menyebut “al-Jann” iaitu bapak segala jinn, kejadian nya adalah dari api yang sangat panas. Istilah ٱلسَّمُومِ “samum” di gunakan di dalam ayat ini untuk menunjukkan keadaan api yang sangat panas yang darinya Jinn itu dijadikan.
Sebahgian Ulama menyebut “samum” adalah api yang meresap ke dalam liang roma – menunjukkan api yang kepanasannya mencapai dajrah yang amat tinggi.
Menurut Ibnu Abbas:
Yang dimaksudkan dengan “samum” adalah api tulin yang tiada asap.
Imam Alusi mengatakan: “samum” adalah api yang tiada asap dan bintang-bintang juga dijadikan dari api jenis itu”
[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]
Inilah penciptaan asal makhluq bernama Jinn, iaitu dari api yang sangat panas. Pembiakan seterusnya bangsa jinn adalah melalui hubungan Jinn jantan dan jinn betina sebagaimana juga yang berlaku kepada manusia.
Beberapa fakta Penting berkenaan Jinn:
(1) Jinn mempunyai jasad, ruh, aqal dan nafsu sama seperti manusia. Maka Jinn bernafas, makan minum, berak, tidur, berkahwin dan beranak pinak.
(2) Jasadnya terdiri dari kepala, tangan, kaki, alat kelamin. Perbezaannya dengan manusia adalah jasadnya terdiri dari jisim halus, boleh berubah2 bentuk menjadi panjang, pendek, kecil dan besar.
(3) Jinn mempunyai Taklif Syara' (iaitu beban hukum Agama). Jinn akan melalui proses kematian, soal mungkar nakir di dalam kubur, soal jawab di Mahsyar, Mizan, Titian Siratal Mustaqim, Syurga dan Neraka.
(4) Jinn menganut berbagai faham dan Agama — Ada yang benar2 beriman namun bilangannya sangat sedikit. Ada jinn menganut fahaman Syi'ah, Wahhabiyyah, Mujassimah dll. yang sesat. Pada keseluruhnnya, kebanyakan jinn adalah fasiq, munafiq, sesat dan kafir. Jinn kafir dan sesat ini memusuhi manusia dan sentiasa mengganggu manusia. Bangsa jinn bekerjasama dengan Iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya. .
Bersambung siri 3 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________ MAJLIS TAZKIRAH JILANI



