Siri 2: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2.0 Muqaddimah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa”
💫🌻Saat ini amat baik untuk kita muhasabah diri...
✍Sudah bertahun lamanya kita berpuasa Ramadhan dan sambut Idul Fitr, apakah yang kita peroleh?
✍Puasa berganti puasa, Ramadhan berganti Ramadhan, Idul Fitri pergi dan kembali saban tahun... apakah hasil nya ?
✍Apakah yang kita bawa setelah selesai Ramadhan dan Idul Fitr?
✍Sejauh manakah kita memahami makna dan hakikat “puasa Ramadhan” dan hakikat “Idul Fitr”?
💫🌻Saat ini amat baik untuk renung diri....
✍Kita telah berpuasa sekian lama, barangkali sudah puluhan tahun,
Adakah ianya menjadi Ibadah yang tulus ikhlas atau sekadar memenuhi adat kebiasaan tahunan…?
✍Apakah rahsia, hikmah dan tuntutan sebenar Allah Ta'ala menjadikan puasa di bulan Ramadhan dan Idul Fitr...?
💫🌻Mari kita muhasabah sebelum kita menerima hisab...
3.0 Anggapan Berbagai Golongan Ummat Terhadap Ramadhan dan Idul Fitr
Cara Menyambut Ramadhan :
(1) Ada sebahagian Ummat ini bergembira dengan kedatangan Ramadhan kerana di bulan Ramadhan rezeki melimpah ruah.
(2) Ada sebahagian lagi sukacita kerana pada bulan Ramadhan segala macam juadah dapat dinikmati.
(3) Bagi peniaga2, ini musim kegembiraan kerana bulan Ramadhan menjadi medan mencari keuntungan berganda2.
(4) Bagi si abid (orang yang gemar mencari pahala di dalam ibadah) Ramadhan adalah lubuk menggandakan pahala yang banyak.
Sambutan Idul Fitr :
Idul Fitr (atau disebut Hari Raya oleh kebanyakan kita) pula disambut dengan berbagai cara.
(1) Membanyakkan pakaian2 baru, sehingga sebahagiannya menyiapkan berpuluh pasang pakaian untuk menyambut Hari Raya.
(2) Bergembira dan berseronok dengan makan minum.
(3) Berbelanja2 banyak untuk berkelah atau bersiar2
(4) Bergembira dengan membakar mercun.
Dan lain2 lagi mengikut cara masing2…
Alhamdulillah.....
Besarnya Kurnia Allah sehingga seluruh Ummat memperoleh berbagai kenikmatan dan kebahagiaan mengikut cara masing2, jalan masing2, pendekatan masing2.
Alhamdulillah....
Semua keni'matan tersebut adalah sebahgian dari Kemurahan Allah yang memiliki Kurnia Yang Amat Luas. Masing2 orang Islam merasai keseronokan dan keindahan menurut apa yang mereka menyangka itulah keni'matan yang layak mereka merasainya bagi menyambut puasa Ramadhan dan seterusnya Idul Fitr...!
Tetapi persoalannya….
Apa kah itu tujuan sebenar Ramadhan dan Idul Fitr?
Apakah cara kita menyambut dan menjalani ibadah puasa itu menepati matlamatnya?
Apakah kita telah sempurnakan tuntutan Allah ke atas kita berhubung dengan tujuan puasa Ramadhan?
Atau di dalam bahasa yang lebih tepat, pernahkah kita menyelami makna, hakikat dan tuntutan Allah Ta'ala ke atas kita Ummat Nabi Muhammad mendatangkan bulan Ramadhan dan Sambutan Idul Fitr?
Untuk mencari jawapannya, mari kita menyelami Perintah Allah dan contoh dari Sunnah Rasul serta huraiannya menurut Ulama Ahlus Sunnah.



