Siri 2: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENJELASAN
□□□□□□□□□□□
✳️Pertama: Iman Orang Awam yang bertaqlid
Ini adalah orang Islam yang beriman kepada Allah tanpa sebarang bukti keilmuan syariat yang boleh di- yakini. Mereka semata2 percaya berdasarkan khabar dari seseorang yang mereka percaya.
Jika ditanya mengapa kamu percaya Allah itu wujud?
Dia menjawab, "Aku percaya kerana aku dengar dari ibu bapaku, dari guru, dari temanku bahawa wujud Allah Yang Maha Esa. Maka aku yakin Allah itu wujud.
Iman seperti ini adalah Iman peringkat bawah sekali.
Sebahagian Ulama berkata Iman seperti ini tidak sah. Namun jumhur Ulama berkata sah Imannya.
Walau bagaimanapun seseorang Muslim tidak patut terus-menerus berada pada tingkatan ini kerana peringkat terbawah ini kerana sangat berbahaya.
Dikatakan Peringkat ini sangat bahaya, kerana keyakinannya di dalam kegoncangan, tiada paut kukuh dalam hati. Bila2 masa sahaja, Iman seperti ini mudah tewas pada nafsu, syaitan, makhluk dan dunia.
Setiap Muslim wajib berusaha sungguh2 sedaya upaya mempelajari ilmu berkenaan mengenal Allah dan sekalian rukun2 Iman yang bermula dari asas. Kemudian sedaya upaya mencari Mursyid untuk meningkatkan Imannya. (lihat penjelasan akan datang)
✳️Kedua : Iman orang Awam yang beriman berdasarkan dalil
Ini adalah tingkatan seseorang beriman pada Allah berdasarkan bukti keterangan @ dalil aqli (bukti terlihat pada alam) dan dalil naqli (dalil2 Al Qur'an, Hadith dan Ulama)
Dia percaya wujud Allah berdasarkan dalil2 Al Qur'an atau Hadith yang menyebut wujud Allah.
Atau dia berkata,
" aku yakin wujudnya Allah kerana wujudnya langit dan bumi dan edaran planet2 membuktikan wujud kuasa luar biasa yang agung. Aku percaya itu adalah Allah.
Peringkat Iman ini tentu lebih baik sedikit dari Tingkatan Pertama (bawah sekali) namun ianya belum cukup kukuh. Sifat2 mazmumah dan syirik2 khafi masih bersarang di dalam hatinya.
Orang ini pun perlu mencari jalan membaiki dirinya, hatinya dan Imannya mengikut petunjuk2 Imam kita.
✳️Ketiga : Iman Mutakallimin (Ahli Ilmu Kalam)
Ini adalah orang2 yang beriman kepada Allah sama seperti kumpulan ke dua tadi iaitu berdasarkan bukti keterangan dan dalil2 juga. Tetapi mereka punyai perbezaan ketara dengan kelompok kedua tadi, iaitu perbezaannya adalah ; mereka cuba memerah pemikiran untuk mencari keyakinan berdasarkan dalil2 tersebut.
Sebahagian lagi memperdebatkan dalil2 tersebut untuk mencari keyakinan.
Menurut Imam Ghazali golongan Mutakallimun ini tiada jauh bezanya dengan golongan kedua di atas kerana mereka semata2 menggunakan daya fikir untuk mendapat keyakinan. Sedangkan aqal pemikiran terbatas kemampuannya untuk menjangkau ke alam Ghaib.
Allah Ta'ala bersifat ghaib. Maka mengenal Allah dengan suatu yang bersifat ghaib juga. Aqal sempit terbatas kemampuannya tak akan mampu menembus ke alam Ketuhanan yang tinggi.
Satu bahaya besar kumpulan ini adalah :
Sebahagian dari kelompok ini sering tersasar kepada golongan filsafat atau kebatinan yang sesat.
Di samping itu kumpulan ini juga tidak terlepas dari bahaya sifat2 mazmumah dan syirik2 khafi yang sering menggugat Tauhid @ Imannya.
Mereka ini juga perlukan pimpinan keruhanian @ bimbingan Mursyid untuk melepaskan diri dari bahaya2 syirik tersebut.
bersambung siri ke-3... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



