بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 2: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah

Blog post description.

PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH

8/16/20262 min read

SIRI 2 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

3.0 Makna Taqwa Menurut Istilah

---------------------------------------------


Hadith Rasulullah ﷺ serta Fatwa Ulama Mu'tabar\

Berikut adalah himpunan Hadith Rasulullah ﷺ serta Athar para Sahabat dan Auliya Allah ternama berhubung dengan makna "Taqwa"

Sabda Rasulullah ﷺ :

"Taqwa tempatnya di sini," Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”

[Imam Muslim]

Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata :

“Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.”

Ibnu Mas’ud رضي الله عنه :

(ketika menafsirkan firman Allah surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.”) Beliau mengatakan, : “Hendaklah Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan, disyukuri dan tidak diingkari.”

Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :

“ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih dari orang lain.”

Imam Hassan رضي الله عنه berkata :

“Taqwa adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih baik dariku.”

Sayyidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه berkata kepada Ubay bin Kaab رضي الله عنه,

“ beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui jalan yang berduri?” “ya” jawab Umar. “kemudian apa yang engkau lakukan?” Sayyudina Umar menjawab, “aku akan menghindari dan menjauhinya” Ka’ab pun berkata, “ Itulah taqwa”

Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata :

“Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 bersikap berhati2 dalam makanan dan kemarahan.”

Shaikh Sufyan Ath-Thawri رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai kecintaan sendiri.

Shaikh Al-Junaid رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada mencintai kecintaan diri sendiri.”

Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri” (iaitu membenci segala maksiat, kejahatan, kesyirikan, kekejian dan kelalaian diri - pent)

Shaikh Muhammad Khafif رضي الله عنه

“Taqwa adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah”

Shaikh Abu Yazid Al-Bustami رضي الله عنه berkata :

“Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”

Ibnu Athiyyah رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”

Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa :

“Taqwa” adalah perhimpunan sekalian sifat2 kebaikan. Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”

~ tamat petikan kitab ~

[Nukilan dari kitab Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil Haqq — Imam Jilani]

Kesemua pengertian Taqwa yang telah diberikan oleh Ulama Ahlus Sunnah, meskipun berbeza-beza, namun tidak bertentangan. Sebaliknya saling melengkapi pengertian Taqwa.

Lebih tepat lagi kita katakan : Kesemua pengertian tersebut mendokong haqiqat Taqwa apabila diperhalusi dari pandangan Tauhid yang murni.

Apakah Tauhid yang murni?

Tauhid yang murni adalah Tauhid seseorang yang hatinya bebas daripada syirik khafi (syirik tersembunyi), suci bersih dari semua mazmumah (kekejian hati) dan suci lagi dari kelalaian walau sedikit.

Mari perhatikan sekali lagi kebenaran ini...

Ungkapan2 yang kita dapat kumpulkan daripada Kalam Hikmah Ulama adalah:

1) Ta'at pada Allah setiap waktu, zahir dan batin.

2) Tidak ma'siat pada Allah bila2 masa pun.

3) Tidak syirik kepada Allah. Makna syirik di sini adalah syirik khafi dan BUKAN syirik jali kerana syirik jali batalkan Iman, dan ini sudah terkeluar dari perbincangan sebagai orang beriman.

(4) Jauhi semua mazmumah iaitu kekejian di dalam hati.

(5) Mencintai saudara seagama seperti diri sendiri bahkan lebih dari diri sendiri

(6) Tidak ada kesombongan dalam diri walau sebesar zarrah. Ini kerana sifat kesombongan itu pakaian Iblis.

(7) Jauhi semua macam syubhat, segala suatu yang tidak diredhai Allah

(8) Hati sebenar2 ikhlas dalam setiap amal zahir dan batin.

(9) Amalkan setiap suatu ibadah semata2 mencari wajah Allah.

(10) Jauhi kelalaian dan setiap masa waspada.

Himpunan semua sifat2 ini membawa kepada pengertian Taqwa yang sebenar2 Taqwa iaitu kesempurnaan Taqwa.

Pengertian ini sesuailah dengan kesimpulan yang dibuat oleh Sultan Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani bahwa Taqwa adalah himpuan segala sifat kebaikan / kesucian dan mempertahankan diri untuk menta'ati Allah pada setiap masa dan keadaan.

Orang yang menepati syarat2 tersebut, maka layaklah digelar Muttaqin.

Sudah pasti ini adalah suatu maqam mulia, yang tidak akan dapat dicapai melainkan oleh orang2 yang telah mujahadah sungguh2 pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.