بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 2: Perkembangan Ilmu-Ilmu Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Blog post description.

PERKEMBANGAN ILMU

8/14/20261 min read

SIRI 2 :


PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


Firman Allah :

ثُمَّ أَوْرَثْناَ الْكِتاَبَ الَّذِيْنَ اصْطَفَيْناَ مِنْ عِباَدِناَ

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.”

[Al-Fathir 35 : Ayat 32]

🍁Allah Ta'ala taqdirkan bagi Ummat ini Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq, yang sentiasa berkata benar, mereka tidak sesekali berdusta. Mereka adalah kekasih2 Allah menyambung tugas kenabian.

🍁Mereka telah menyusun berbagai disiplin ilmu yang cukup bagi kita, sekira2 mereka dapat memahami dan melaksanakan Deen Islam sebagaimana kehendak Allah.

🍁Tanpa adanya Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq ini, kebanyakan ummat ini akan berada di dalam kejahilan dan kemusyrikan.

🍁Ummat ini terhutang nyawa kepada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq. Tetapi MALANGNYA, ada segelintir ummat tidak bersyukur dengan Ni'mat Allah ini, justru mereka engkar akan kemuliaan Ulama siddiq ini. Golongan ini mendakwa mereka boleh tafsir sendiri Al Qur'an dan Hadith Nabi. Betapa bodohnya golongan ini... !

🍁Berkenaan Syarat2 Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq, cara mengenal mereka, cara mengambil ilmu mereka dll.,. rujuklah pada keterangan2 yang lalu.

🌿☘🌿☘🌿☘🌿☘🌿☘