Siri 20: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 20 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)
SOALAN 3
Ya Sidi, adakah wajib kaum wanita bai’at kepada Mursyid dan menuntut Ilmu Toriqat /Tasawwuf? Atau pun memadai kaum lelaki sahaja?
Jawapan :
Wahai anak! Menuntut Ilmu Agama, iaitu berkenaan hal Ketuhanan dan ubudiyyah adalah fardhu ain atas tiap2 orang Islam yang laki2 dan wanita, tiada kecuali. Seperti Sabda Rasulullah ﷺ
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim” [Imam Muslim]
Dan Sabda Rasulullah ﷺ :
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ
“Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan [Imam Ibnu Abdil Barr]
dan Sabda Rasulullah ﷺ :
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki padanya kebaikan , nescaya akan diberinya faham akan Deen (Agama)” [Imam Bukhari, Imam Muslim]
Semua Hadith2 Rasul ini memberi isyarat WAJIB iaitu fardhu ain bagi setiap Wanita juga menuntut Ilmu Agama, iaitu hukum-hakam berkenaan kewajipan terhadap penciptanya dan kewajipan terhadap makhluk Allah.
Ulama Ahlus Sunnah telah menetapkan Ilmu Fardhu Ain atas setiap mukallaf laki2 dan wanita adalah :
1) Ilmu Fiqh
2) Ilmu Usuluddin’
3) Ilmu Tasawwuf /Toriqat
Ilmu Fiqh dan Ilmu Usuluddin boleh dipelajari daripada ramai ustaz, kiyai, muallim, alim fiqh. Tetapi Ilmu Tasawwuf /Toriqat TIDAK dapat diperoleh melainkan dengan berguru kepada Shaikh Mursyid. Bahkan kebenarannya adalah : Kesemua Ilmu tersebut terhimpun pada Shaikh Mursyid.
Inilah sebabnya semua orang Islam laki2 dan wanita diperintah mencari Mursyid dan sentiasa Syuhbah (berserta di dalam Majlis2nya) untuk memperoleh Ilmu zahir dan batin.
Kesemua murid sama ada laki2 maupun wanita adalah "anak ruhani" kepada Mursyidnya dan akan di- himpun bersama Shaikhnya di akhirat nanti, seperti Firman Allah:
يَوۡمَ نَدۡعُواْ ڪُلَّ أُنَاسِۭ بِإِمَـٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِىَ ڪِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَقۡرَءُونَ ڪِتَـٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلاً۬
“Pada hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama Imamnya, kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikit pun.
[Al-Israa’(17): ayat 71]
Kata Ibnu Abbas,
Maksud dihimpun bersama Imam mereka adalah :
"mereka dihimpun bersama amal dan Pemimpin yang menunjukki mereka kepada kebenaran ketika di dunia."
Ulama Arifin menjelaskan lagi maksud "Imam dan penunjuk jalan kebenaran" :
"Mereka adalah Pewaris Nabi yang memimpin dan menujukki mereka jalan Allah, iaitu Shaikh Mursyid, pewaris Nabi yang siddiq. Mereka kesemuanya pula berhimpun di bawah panji2 besar Rasulullah ﷺ
️



