Siri 21: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 21 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)
SOALAN 4
Ya Sidi, jika Bai'at dengan tujuan2 lain seperti kerana nak jadi hebat kuat, niat nak seri wajah dsb. di samping niat kerana Allah, adakah ini diterima?
Jawapan:
Wahai anak! Asas seluruh Agama didirikan di atas ikhlas. Setiap amal diukur di atas apa yang kamu niatkan. Dan kamu akan mendapat apa yang kamu niatkan.
Jika kamu niat untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan Allah dan Kasih Dia, maka kamu akan dianugerahi kemuliaan itu.
Sebaliknya jika kamu ingin menjadi hebat, menjadi tukang rawat, menjadi terkenal dsb, dengan sekalian ibadah kamu, maka kamu akan memperoleh ikut niat kamu itu. Dan tiadalah kamu mendapat Redha dan Kasih Allah.
Allah tidak menerima sesuatu amal yang kamu mempersekutukan Dia di dalamnya.
Sabda Rasulullah ﷺ :
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Hadith ini isyarat terpenting bagi mereka yang ingin berubah dari kejahilan, ingin Bai'at dan menuju Allah.
JANGAN sesekali ada niat2 lain selain mencari Wajah-Nya. (Keredhaan Allah)
Orang yang Bai'at dengan niat lain / niat bercampur2/ tujuan2 lain, , kemungkinan akan memperoleh juga kebaikan2 setelah Bai'at, tetapi ianya takkan tahan lama..... kerana akhir kesudahannya adalah istidraj iaitu dibiarkan di dalam kesesatan sedang dia tak sedar.
Perkara ini sering diberi amaran oleh sekalian Guru2 arif.
Jika pada satu2 masa datang perasaan tidak ikhlas, cepat2 ubahkan niat tersebut. Niat semata2 Allah
Maka ini selamat / tidak menjadi kesalahan. Tetapi jika kamu biarkan niat ""tidak ikhlas" berterusan menguasai hati kamu, maka inilah dosa yang musnahkan Iman dan amal.



