بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 22: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 22 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 5

Ya Sayyidi, adakah Ulama Mujtahid Fiqh seperti Imam Syafi'e berbai'at dengan Shaikh Mursyid?

Jawapan :

Wahai anak, kesemua Ulama2 mujtahidin fiqh iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal berBai'at dengan Shaikh Mursyid di zaman mereka masing2.

Cuma mereka lebih terkenal sebagai Ahli Fiqh kerana mereka ijtihadkan Mazhab Fiqh. Sedangkan yang benar adalah :

Kesemua Ulama Mujtahidin Fiqh juga Bai'at dan mempelajari dari Shaikh Mursyid dan akhirnya mereka sendiri menjadi Mursyid juga.

Perkara ini disebut di dalam di dalam Risalah Ma'rifat, karangan Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.

Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu Anhu :

"Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengambil Bai'at dan berguru kepada Imam At Toriqat Wal Haqiqat Shaikh Jaafar Sodiq Radhiallahu Anhu.

Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibnu Hambal tidak bertemu dengan Shaikh Jaafar Sodiq. Tetapi mereka berdua Bai'at dengan Shaikh Musa Kazhim, anak kepada Shaikh Jaafar Sodiq.

[Petikan dari : Risalah Naqsyabandiah, Siri Ma'rifat]

Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin :

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Guru Sufi)?” Maka menjawab Imam Shafie :

“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)

Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.
[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]

[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

Demikian pula turun-temurun semua Ulama Fiqh yang hebat2 seperti Ibn Abideen, Imam Rofi'e, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Zakariyya Al Ansari, Imam Haitamy dll. kesemua mereka mengambil Bai'at dengan Shaikh Mursyid.