بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 23: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 23 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 6

Ya Sidi, ada orang menakut-nakutkan orang Islam bahwa Bai'at itu bahaya kerana ada janji setia itu sangat bahaya.

Apakah nasihat Sidi?

Jawapan:

Wahai anak, asal Bai'at adalah suatu yang amat suci. Kerana haqiqat Bai'at itu kembali kepada Allah.


Perhatikan penjelasan ini....


Setiap orang beriman sebenarnya "Bai'at" (sumpah setia) kepada Allah. Makna Iman itu sendiri sudah memiliki pengertian "sumpah setia".

Setiap orang bersumpah setia untuk mematuhi suruhan dan larangan Allah. Dia sudah sumpah kepada Allah untuk solat, puasa, sedekah, jihad dll.

Dia juga telah sumpah kepada Allah untuk kasih dan hormati kedua Ibu bapa nya, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak melakukan kemungkaran2 lain.

Dia juga berjanji untuk menjauhi semua macam syirik khafi dan mazmumah.

Kemudian jadi pertanyaan, apa perlu Bai'at lagi.. Jawapannya adalah :

Rasulullah ﷺ menyuruh para sahabat berulang Bai'at ketika2 tertentu, umpama ketika meterai suatu perjanjian, ketika ingin perang Fi Sabil, kasih pada Nabi, bai'at wanita dll. Semua ini bertujuan memperbaharui niat, azam dan kesungguhan untuk menjunjung titah perintah Allah.

Apabila seseorang itu Bai'at secara tak langsung dia sudah memperolehi suatu "cahaya kekuatan Iman" dalam dirinya untuk berjihad sungguh2 pada Jalan Allah.

Maka rugilah mereka yang menganggap Bai'at itu membebankan sedangkan yang benar adalah sangat menguntungkan tiap2 orang yang Bai'at.