Siri 24: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 24 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)
SOALAN 7
Ya Sidi, Apakah syarat untuk seseorang Islam Bai'at dengan Shaikh Mursyid?
Adakah dia perlu mahir dalam Ilmu Syari'at seperti Ulama?
Jawapan:
Wahai anak, semua orang Islam laki2 dan wanita yang akil baligh dan sudah ada asas2 Agama, yakni fardhu ain yang asas, maka layaklah dia Bai'at dan berguru kepada seorang Shaikh.
Maksud sekurang2 fardhu 'ain yang perlu diketahui oleh seseorang Muslim sebelum dia Bai'at adalah sebagaimana disebut oleh Imam Ghazali, Imam Qusyairi, Imam Asy Sya'rani, Shaikh Daud Al Fathoni, Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari, Shaikh Abdus-Somad Al Falimbani dan Imam Ahlus Sunnah lainnya, dalam kitab mereka masing2 adalah 3 macam Ilmu.
Pertama :
Ilmu fiqih, iaitu mengetahui kewajipan dan cara solat, puasa, zakat yang wajib.
Kedua:
Mengetahui ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid aqli) iaitu mengetahui Rukun Iman, kenali sifat2 Allah dan sifat Rasul secara ijmali (ringkas) tanpa perbahasan panjang.
Ketiga:
Mengetahui asas2 Ilmu Tasawwuf (ilmu merawat hati), iaitu ilmu baikkan hati yang terdapat di dalam Ilmu Tasawwuf. Mengetahui wajibnya dia sucikan hati dari Syirik khafi, mazmumah dan dosa2 hati.
Apabila seseorang Islam mengetahui asas2 ini, maka patutlah dia melangkah kehadapan dengan Bai'at serta mengikuti Shaikh Mursyid yang akan membimbingnya kepada Allah dengan selamat.
TIDAKLAH menjadi kewajipan seseorang itu mesti mahir dalam selok belok ilmu syari'at zahir sebelum Bai'at. Tidak.
SOALAN 8
Ya Sidi, adakah boleh seseorang itu Bai'at dengan Shaikh Mursyid dan menuntut Ilmu Fardhu Ain sekaligus dengan Mursyidnya?
Jawapan :
Antara syarat2 terpenting seorang Shaikh Mursyid adalah mahir di dalam ilmu fiqh dan sangat dalam ilmunya di dalam Ma'rifat.
Maksudnya : Sudah terhimpun pada dirinya sekalian ilmu yang diperlukan oleh murid menuju Allah.… yang menyampaikan murid kepada Allah Ta'ala
(rujuk Syarat2 Shaikh Mursyid yang benar - 10 perkara)
Dengan demikian seseorang Islam boleh Bai'at dan sekalugus menuntut Ilmu fardhu ain daripadanya. Insya Allah.
Berdasarkan pengalaman yang ditelah dilalui oleh sekalian Pewaris Nabi (Shaikh Mursyid) sejak dahulu, setengah dari yang datang berjumpa Shaikh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah terdiri dari kaki judi, pemabok, perompak, pelacur dll yang tak kenal Agama. Mereka2 ini tiada langsung pengetahuan Agama, tak tahu cara solat bahkan tak pernah solat pun.
Tetapi Shaikh Mursyid mempersilakan mereka, mengajar mereka fardhu ain, menunjuk jalan kepada mereka, membimbing mereka dengan penuh kasih kepada Allah.
Disinilah menunjukkan bukti yang sangat jelas, walaupun seseorang itu tidak mengetahui asas2 agama bahkan bergelumang dosa, tetapi sedia untuk taubat kembali kepada Allah, ada jalan untuk dia pada sisi Shaikh Mursyid.



