Siri 25: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 25 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)
SOALAN 9
Ya Sayyidi, Boleh tak seseorang Bai'at dengan seorang Shaikh Mursyid, kemudian dia Bai'at dengan Mursyid lain. Adakah ini dibenarkan?
Jawapan:
Wahai anak, seseorang murid cuma boleh ada seorang Shaikh Mursyid sahaja sebagai pemimpinnya pada satu2 masa.
Shaikh Mursyid dari sudut pimpinan, umumnya ada dua macam:
Pertama:
Shaikhul - Fath
Ini Shaikh yang kamu Bai'at untuk kamu mengambil petunjuk dan zikir dan wirid khusus untuk kamu ikuti. Dialah pemimpin zahir dan batin yang memimpin kamu kepada Allah Ta'ala.
Kamu terikat dengan Shaikh Mursyid ini dengan ikatan silsilah Rasul yang kukuh.
Dia adalah ayah ruhani kamu sampai kamu menemui Allah Ta'ala.
Kedua :
Shaikhul-Barakah
Ini Shaikh Mursyid yang kamu Bai'at untuk mengambil barakahnya sahaja dan bukan untuk diikuti. Kamu TIDAK terikat dengan pimpinan atau peraturannya.
Kamu boleh Bai'at kepada seberapa banyak Shaikh Mursyid untuk mengambil barakah mereka, tetapi Shaikh Mursyid yang memimpin kamu TIDAK boleh lebih dari seorang sahaja pada satu satu masa.
Ini telah disebut dengan jelas oleh semua Masyaikh (Guru2 Arif - Shaikh Mursyid) yang terdahulu. Maka adab ini mesti dipatuhi sungguh2 oleh murid.
SOALAN 10
Ya Sidi, jika sekiranya seorang Mursyid kembali ke Rahmatullah, apa yang patut dilakukan oleh si murid? Adakah dia terus amalkan apa2 yang sudah diterima atau perlu mencari Shaikh Mursyid lain?
Jawapan
Wahai anak, sekiranya seseorang Guru Mursyid telah kembali ke Rahmatullah, Peraturan bagi muridnya adalah seperti berikut :
Bagi tiap2 Shaikh Mursyid yang kamil ada baginya tiga peringkat muridnya :
Pertama:
Murid Maqam Khalifah Khususiyyah
Kedua :
Murid Maqam Khalifah 'am
Ketiga :
Murid Maqam Ahli Biasa
Amanah bagi ketiga2 kumpulan murid2 ini berbeza2.
(1) Jika seorang murid telah mendapat anugerah Maqam yang tinggi iaitu ...
Maqam Khalifah Khususiyah
dan dia telah tetap, maka dia sudah menjadi wakil gurunya untuk meneruskan Amanah Rasulullah.
Maka dia dilarang berbai'at kepada Guru Mursyid lain.
(2) Jika murid itu sampai ke Maqam Khalifah Am sahaja dan masih mampu meneruskan sekalian zikirnya dengan baik dan mampu menunaikan sekalian amanah2 Gurunya, maka dilarang mengambil Guru lain sebagai Mursyidnya.
Tetapi jika dia dapati dirinya lemah dan tak mampu meneruskan amanah tersebut dan lemah di dalam zikir2nya, maka dia harus mencari Mursyid lain untuk mantapkan kembali maqamnya.
(3) Jika dia hanya murid biasa yang masih di peringkat mujahadah dan belum kuat hatinya untuk istiqamah pada sekalian wirid2nya, dan belum tetap mujahadahnya maka haruslah dia mencari Guru Mursyid lain untuk mendidiknya.
Ini kerana tujuan sebenar Toriqat Ahli Sufi adalah untuk menyucikan batinnya daripada sekalian kekotoran, membawanya bertauhid kepada Allah dengan Tauhid yang suci murni serta ubudiyyah dengan ubudiyyah yang benar.
[Rujukan Fataawa Hadithiyyah, Anwarul Qudsiyyah, Qawaid Tasawwuf Imam Zarruq, Risalah Marifat]
️



