بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 26: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20262 min read

SIRI 26 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 11

Ya Sayyidi, Apabila seseorang Bai’at dengan Shaikh Mursyid, adakah dia perlu sentiasa berada di samping beliau? Adakah perlu setiap waktu menghadap beliau untuk mendapat Ilmu?

JAWAPAN:


Wahai anak, seseorang yang berbai’at dengan Shaikh Mursyid, tidak di mestikan sentiasa berada di sampingnya. Cuma dikehendaki hadir dua kali seminggu untuk Tawajjuh (berzikir berjamaah ramai2) pada hari Isnin malam Selasa dan Khamis malam Jumaat, di tempat Mursyid.

Jika murid tak mampu hadir ke tempat Tawajjuh kerana terlalu jauh dari tempat Mursyidnya, maka buatlah zikir di rumah masing2 dan sentiasalah kasih hati kepada Mursyidnya. Dengan cara ini, murid akan tetap terpelihara dalam pimpinan Shaikh Mursyidnya.

Walau bagaimanapun, murid yang sentiasa berdamping dan khidmat kepada Gurunya, mempunyai kelebihannya tersendiri kerana syuhbah, berserta Mursyid memperoleh limpahan cahaya ruhaninya yang amat banyak.

Shaikh Abdul Qadir Isa, (wafat 1312H /1991M), Mursyid Toriqat Syaziliyah abad 20, mempunyai ungkapan yang sangat menarik berkenaan ini….

Berkata Al Marhum Shaikh Abdul Qadir Isa :

"Berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi adalah ubat penangkal yang sangat mujarrab. Menjauhi mereka adalah racun yang mematikan. Mereka adalah sekelompok manusia yang tidak akan membuat sengsara orang yang bergaul dengan mereka. Bergaul dengan mereka adalah terapi praktis yang sangat berkesan untuk menyuluh jiwa, murnikan akhlaq, menanaman Aqidah dan kukuhkan Iman, Sebab hal-hal tersebut tidak mungkin diraih dengan hanya membaca buku dan mengkaji ilmu pengetahuan. Semua itu adalah sifat-sifat praktis kejiwaan yang hanya dapat diserap dengan tauladan dengan interaksi hati ke hati melalui pengaruh spriritual (khusus yang dimiliki oleh Mursyid)"


SOALAN 12

Ya Sayyidi, Tolong ceritakan cara-cara seseorang mengambil bai’at dengan seorang Mursyid. Apakah persediaan yang perlu bagi murid?

JAWAPAN

Wahai anak, sebelum seorang hamba Allah berbai’at dengan seseorang Mursyid hendaklah dia pastikan beberapa perkara :

BENAR2 yakin Mursyid yang dipilihnya menepati syarat2 Shaikh Mursyid yang telah disebut dulu.

IKHLAS hati mencari redha Allah, jangan ada sebarang niat langsung di dalam hatinya selain Allah.

1) Hendaklah dia bertemu wakil Guru untuk menyatakan hasratnya ingin berbai’at.

2) Waki Guru berikan ta’limat cara2 Bai’at berserta adabnya.

3) Bakal murid mandi bersihkan diri , solat Taubat, Istighfar dan sujud taubat. Semua ini untuk menyucikan dirinya dari sekalian dosa dan masuk kepada Jalan Ma’rifat di dalam kesucian. (tidak ada satu sistem di dunia ini mempunyai sistem penyucian seperti ini)

4) Guru akan bai’atkan murid dengan lafaz, “Saya Bai’ahkan Toriqat Naqsyabandiah untuk di- amalkan. Murid menjawab, “Saya terima dan saya amalkan”.

5) Setelah selesai Bai’at akan ada zikir ramai2 jika tempat sesuai, jika tidak murid akan balik dan buat zikir sendirian di rumah.

6) Demikian selesai acara Bai’at

7) Susulan amalan akan diberitahu semasa taklimat.