Siri 27: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 27 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)
SOALAN 13
Ya Sayyidi, Apakah kesudahan bai'at ini? Adakah kaitannya di Mahsyar nanti?
JAWAPAN:
Wahai anak,
Menurut Guru2 kita yang arif, di Mahsyar nanti sekalian Shaikh Mursyid akan berhimpun di bawah panji2 besar Rasulullah ﷺ. bersama2 murid mereka masing2, sebagaimana Firman Allah.
Firman Allah Ta'ala :
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا
“ (Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya ditangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”
[Al-Isra (17) : ayat 71-72]
Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas muridnya dan Gurunya pula jadi saksi atasnya ... demikian sambung menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah ﷺ sendiri.
Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk syurga oleh Rasulullah ﷺ bertali tali / berantai2, iaitu mengikut silsilah masing2 berpegang kepada Guru kepada Guru, kepada Guru sehingga akhirnya sampai kepada Sahabat yang berpegang kepada tangan Rasulullah ﷺ .
Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu menyebut perkara ini di dalam Risalah beliau, Risalah Ma'rifat dengan menukilkan beberapa hadith sahih. Antaranya Hadith Imam Bukhari dan Hadith Imam Ahmad.
🌷Rasululllah ﷺ :
عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ.
“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai (bertali-tali)
[Imam Bukhari]
🌷Rasululllah ﷺ :
لَقَدْ عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ قَوْمٍ يُقَادُونَ إِلَى الْجَنَّةِ فِى السَّلاَسِلِ.
“Sungguh ajib (Hairan) oleh Allah akan dengan orang-orang yang ditarik untuk masuk ke syurga berantai-rantai.”
[Imam Ahmad]
Kunci memahami hadith ini adalah pada ungkapan ini, iaitu ....
perkataan " السَّلاَسِل ِ "
Salasila iaitu Silsilah.
Yang dimaksudkan dengan Silsilah itu adalah silsilah Shaikh Mursyid, iaitu rantaian ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ .
Jadi maksud salasila atau "rantai" BUKAN digari atau dibelenggu seperti tafsiran orang awam.
Sebaliknya ia adalah majaz (bayangan) kepada makna Sisilah @ Rantaian perpindahan ilmu zahir batin dari Rasulullah ﷺ kepada sahabat kepada Tabiin, berpindah lagi kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam2 @ Shaikh Mursyid turun-temurun dengaj cara yang amat suci dan terpelihara sampai Qiamat.
(rujuk penjelasan lanjut pada tajuk "Tingkatan Pembahagian Tingkatan Iman /Tauhid / Ma'rifat).
Mereka yang ditarik masuk syurga bertali-tali / berantai mengikut silsilah Shaikh Mursyid mereka. Apakah maksud mereka ditarik masuk seolah2 dalam keadaan dipaksa.?
Ungkapan "ditarik masuk" bermaksud :
keadaan setengah murid2 yang telah melakukan dosa dan berasa tak layak masuk syurga, tetapi mereka ditarik juga masuk syurga, mengikut silslah mereka masing2.
Inilah kelebihan berserta dengan Shaikh Mursyid yang siddiq.
[Nukilan dari Kitab Risalah Naqsyabandiah ]
Demikianlah selesai perbincangan tajuk " Keutamaan Bai'at pada aisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Mudah2an Allah Ta'ala melimpahkan Rahmat, Hidayah, Taufiq dan Inayah-Nya agar kita semua tetap pada jalan suci....
Ihdinas-Sirat-al-Mustaqeem
hingga nafas terakhir.
Jalan yang Allah Kurniakan Ni'mat atas nya, iaitu jalan Rasulullah ﷺ dan para Auliya Allah.
- SELESAI -
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️❇❇️❇️️️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️❇❇️❇



