Siri 27: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah RasuluBab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
sambungan....
(3) Rasulullah ﷺ juga Di-Perintah menyampaikan kepada Ummat bahawa selepas Baginda ﷺ akan datang Pewaris-Pewaris Baginda yang tetap berdiri pada "Jalan" yang Baginda ﷺ telah merintisnya. ( أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ). Mereka inilah yang dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Sahabat, Khalifah, Imam, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menanggung Amanah serta mempertahankan kesucian Agama Allah sampai Qiamat.
Apabila diperincikan, maksudnya adalah:
Para Sahabat Ridhwanullah dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi — sambung-menyambung sampai Qiamat. Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ. Ertinya maksud "pengikutku" itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat. Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Sebenar, Khalifah dan Sahabat Rasulullah ﷺ.
(4) Di dalam Ayat Al-Qur'an ini ungkapan "هَذِهِ سَبِيلِي" (Inilah Jalanku) adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat", "Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar", "Jalan Menuju Allah yang sebenar" yang menghimpun kedua-dua Syari'at zahir (Syari'at ) dan Syari'at batin (Toriqat) Rasulullah ﷺ.
(5) Ungkapan " عَلَى بَصِيرَةٍ" (penyaksian mata hati yang amat jelas) itu adalah isyarat kepada Tauhid hakiki yang terbit dari hati yang telah benar-benar suci bersih, iaitu suci bersih dari Syirik Khafi, mazmumah dan ghaflah. Inilah Tauhid sebenar yang dituntut setiap Muslim mencapainya. Hati yang benar-benar suci bersih dan mata hati yang terbuka kepada Ketuhanan ini hanya tercapai setelah seseorang amalkan kedua-dua Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
(6) Basirah (mata hati) hanya diperoleh dengan amalkan kedua-dua Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat)). Mereka yang tidak mengambil kedua-dua Ilmu (Syari'at dan Toriqat) Rasulullah ﷺ) dan tidak pula amalkannya dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq, maka selamanya akan bergelumang di dalam syirik (Syirik Khafi), mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) kerana mereka tidak mempunyai jalan untuk sucikan hati mereka, maka tiadalah mereka memperoleh mata hati. Mereka TIDAK memiliki mata hati, maka mana mungkin mereka Mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
(7) Ungkapan "وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ" (Dan bukanlah aku dari golongan Musyrikin) adalah isyarat dan penegasan semula akan kewajipan hapuskan Syirik Khafi dari hati untuk memperoleh Tauhid yang benar, iaitu WAJIB keluar dari Takabbur, Ujub, Riya', Sum'ah dan tawakkal kepada makhluq. Semua macam Syirik Khafi ini TIDAK mungkin dibuang dari hati melainkan dengan Proses Penyucian hati dan ruh dengan Jalan Ma'rifat — dengan cara amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan mengambil talqin dari "Ahli Basirah" — Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. (“Musyrikin” di dalam ayat tersebut BUKAN ditujukan kepada penyembahan berhala yang zahir, sebaliknya maksudnya tertuju kepada "penyembahan" kepada "berhala hati" yang disebut Syirik Khafi . Ini kerana tak mungkin orang beriman sembah berhala yang berbentuk fizikal seperti patung, busut, matahari, bulan, bintang dan sebagainya).
Bersambung siri 372 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalan-ku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.”
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Al-Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau :
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Benar) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang akan mewarisi Ilmu batin Baginda ﷺ dan kebijaksanaan Baginda ﷺ dan yang akan berada hampir dengan Allah, (dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat). Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.” ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid )
[Tamat nukilan kitab Sirrul Asrar]
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini berkenaan “Definisi Mursyid”, Generasi pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Ummar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in. Moga Keredhaan dan Rahmat Allah Ta’ala tercurah atas mereka. Daripada merekalah mengalir sekalian Ilmu zahir dan batin, hikmah dan rahsia Ketuhanan kepada Generasi Mursyid, Pewaris Nabi yang sebenar berikutnya, kerana mereka (Khulafa Ar-Rasyidin) telah menghirup wangian Hikmah Agung daripada Rasulullah ﷺ.
Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kedua, ketiga dan seterusnya datang bersilsilah sambung-menyambung daripada mereka (Khulafa Ar-Rasyidin). Silsilah Rasulullah ﷺ terus hidup bersinar sehingga saat ini dan tetap akan bersambung sampai Hari Kesudahan.
Berkata Imam Jilani Radhiallahu Anhu lagi:
Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali kepada Allah dengan "pandangan yang terang nyata", di dalam ayat Al-Qur'an ini disebut basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati para Auliya Allah. Basirah tidak akan terbuka dengan Ilmu zahir (Syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya Ladunni yang Di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya. Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah, iaitu mengambil talqin dari seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
[Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]
Penjelasan Tambahan:
Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa perkara:
(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu membawa manusia Ma'rifah — Mengenal Allah dan Ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
(2) Allah Ta'ala Perintahkan kepada Rasulullah ﷺ untuk menyampaikan khabar kepada seluruh Ummat manusia bahawa "Jalan" yang Baginda ﷺ bawa itulah Jalan Sebenar yang membawa kepada Allah dengan selamat. Jalan selainnya akan membawa kesesatan, kesyirikan dan kekafiran.
Bersambung siri 371 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ
(Siri 371)
■■■■■■■■■■■■■■■■■



