بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 3: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/8/20261 min read

Siri 3 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

5.0 BENTUK-BENTUK (JENIS JENIS) BAI’AT

Kebanyakan orang Islam memahami Bai’at pada sudut yang sempit, iaitu bai’at untuk masuk Islam atau bai’at kepada Khalifah. Sedangkan Bai’at yang sebenar yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah TIDAK terhad kepada kedua bentuk itu kerana di antara Rasulullah dan sahabat telah berlaku Bai’at di dalam banyak keadaan yang berbeza-beza dan tujuan yang berbeza-beza.

Walau bagaimanapun “DASAR” dan “MATLAMAT” Bai’at TIDAK terkeluar dari Prinsip ASASNYA iaitu meninggikan Syiar Allah di atas mukabumi serta mempertahankan Islam dengan jiwa raga mereka.

Pertama:

Bai’at Untuk Beriman dan Tidak Derhaka Kepada *Rasulullah ﷺ

(Bai’atul Aqabah Pertama)

Ubadah bin Samit رضي الله عنها berada pada saat terjadi Bai’atul Aqabah berkata, Rasulullah ﷺ mengambil janji setia orang2 Ansar di Aqabah: Rasulullah ﷺ bersabda :

“Kemarilah, hendaklah kamu berbai’at (janji setia) kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan apapun, kamu tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak akan berbuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak durhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf (baik). Barang siapa yang menepati bai’at (janji setia) ini, maka ia akan mendapatkan ganjaran dari Allah. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Ta’ala menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Ta’ala mahu, maka Allah boleh jadi menghukumnya; jika Allah Ta’ala mahu , maka Dia ampuninya.”.

[Imam Bukhari,Imam Muslim, Imam Tabary]

Ke-2 : Bai’at Untuk Pertahankan Rasulullah ﷺ

(Bai’atul Aqabah kedua)

Rasulullah ﷺ membacakan ayat2 suci Al-Qur’an dan mengajak kepada Allah, berikan semangat akan Islam, kemudian Baginda berkata : “Aku membai’at kamu melindungiku sebagaimana kamu melindungi wanita dan anak2 kamu”

[Imam Tabary- Tarikh Tabary, Imam Ibnu Ishaq-Sirah Ibnu Hisyam]

Ke-3: Bai’at Untuk Jauhi Syirik, Keji dan Mungkar

Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬‌ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

“Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka serta tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah Ta’ala untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”

[Al-Mumtahanah (60) : ayat 12]