بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 3: Mengapa?

MENGAPA HAFIZ QUR'AN IMAM SOLAT, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN

MENGAPA?

8/10/20261 min read

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
MENGAPA HAFIZ QUR'AN
ALIM FIQH, RAJIN SOLAT
PUN KENA GANGGUAN
JINN SYAITAN
(Siri 3)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



1.0 Penjelasan Pertama : Kejadian Jinn, Iblis dan Syaitan:_
sambungan....


TA'RIF IBLIS
______
________

Iblis ( إِبۡلِيسَ ) adalah dari perkataan al-iblaas yang bermakna “ putus “ iaitu putus asa dari Rahmat Allah.

Maka dikatakan Iblis kerana dia telah berputus asa dari Rahmat Allah sejak Allah Ta’ala melaknat dan mengusir dia dari Syurga, akibat penderhakaan nya.


Beberapa fakta penting Iblis:

(1) Iblis adalah bangsa jinn. Dengan demikian bentuk kejadian dan biologinya sama seperti segala jinn.

(2) Nama asalnya Azazil (bahasa Ibrani) atau Haris (bahasa Arab) iaitu ketika dia beribadah bersama Malaikat di Syurga. Sebaik sahaja dia ingkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah. Dia dila'nat oleh Allah dan dicampak keluar dari Syurga. Iblis dan seluruh keturunannya adalah kafir semuanya dan akan dimasukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.

(3) Kerja Iblis tiada lain melainkan membisikkan kesesatan kepada manusia. Dia sentiasa berusaha menjadikan manusia ingkar kepada Allah Ta'ala.

(4) Tentera Iblis terdiri daripada tiga golongan :
Pertama : Syaitan — anak cucu keturunan Iblis
Kedua : Bangsa jinn yang kafir, fasiq dan sesat
Ketiga : Bangsa manusia yang kafir, fasiq dan sesat

(5) Iblis dipanjangkan umurnya sampai Qiamat. Pada hari Qiamat Iblis (dan anak cucu keturunan dia) akan dicampak terus ke dalam Neraka. Tiada hisab bagi Iblis dan anak cucunya.


TA"RIF SYAITAN:

Syaitan (شَيْطَانٌ) dalam bahasa Arab diambil dari kata (شَطَنَ) yang berarti jauh,

Dengan itu Syaitan adalah bermaksud “makhluk yang jauh dari kebenaran, jauh dari Allah dan yang perangainya menjauhkan manusia dari kebenaran”.

Beberapa Fakta Penting berkenaan Syaitan:

(1) Syaitan adalah anak cucu Iblis, bermakna juga dari golongan jinn.

(2) Kejadian dan sifat biologinya sama seperti jinn.

(3) Kerja Syaitan tiada lain melainkan membisikkan kesesatan serta memimpin manusia kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran.

(4) Syaitan terdiri dari berbagai tingkatan dan berpangkat. ( seperti tentera manusia, dari pangkat prebet sampai General)
Ertinya Syaitan itu bukan satu macam. Tetapi terdiri dari berbagai tingkatan kekuatan, bermula dari yang mempunyai kekuatan biasa kepada syaitan paling keras dan jahat.

(5) Syaitan pangkat rendah ditugaskan goda manusia2 fasiq, kafir. Syaitan pangkat tinggi ditugaskan goda orang alim dan ahli ibadah. Apabila seekor Syaitan gagal sesatkan seseorang, maka Syaitan pangkat lebih tinggi akan dihantar untuk menyesatkannya.

(6) Secara umum, semua jenis Jinn dan manusia yang sangat jahat, keras kefasikannya dan kezalimannya juga dipanggil Syaitan.

(7) Semua Syaitan keturunan Iblis dipanjangkan umur sampai Qiamat dan kelak akan dicampak ke Neraka bersama Iblis.



Bersambung Siri 4 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________
____________
JAMAAH TAZKIRAH JILANI