Siri 3: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sepintas lalu dari pembelajaran yang lepas : Pembahagian Tingkatan Iman / Tauhid
✳️Pertama : Iman Orang Awam yang Bertaqlid
✳️Kedua : Iman Orang Awam yang Berdalil
✳️Ketiga : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Keempat : Iman Salikin (yang berma'rifat)
✳️Kelima : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Pada dua siri yang lalu kita telah menjelaskan tiga Tingkatan Iman yang awal iaitu Iman Peringkat Awam.
Pada siri ini kita menyambung dengan Tingkatan Iman ke-4 Martabat Iman Salikin (yang berma'rifat) Insya Allah.
PENJELASAN
□□□□□□□□□□□
✳️Keempat :
Martabat Iman Salikin (yang memperoleh berma'rifat)
Sebelum penjelasan lanjut mari kita kenali dahulu beberapa istilah penting berhubung dengan Tingkatan Iman ini yang akan digunakan sepanjang perbincangan.
Salikin
~~~~~
- adalah seseorang hamba Allah yang menuntut Jalan Marifat Ilahiyyah mengikut syarat2 tertentu di bawah pimpinan,asuhan dan didikan seorang Guru bertaraf Mursyid atau Shaikh Keruhanian yang siddiq (benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
Jalan Ma’rifat Ilahiyyah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
– adalah jalan mengenal Allah melalui latihan2 keruhanian yang terkandung di dalam suatu Sistem Tarbiyyah khusus yang dinamakan Toriqah.
Shaikh Mursyid @ Murabbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
– adalah Pemimpin pada jalan Ketuhanan (Jalan Ma’rifat Ilahiyyah ) yang sangat mahir di dalam selok belok keruhanian, sangat arif mengenal Allah dan mengenal insan, sangat mahir mengenal nafsu2 kejahatan dan kejahatan syaitan. Bahkan beliau mengenal seluruh perjalanan keruhanian yang akan di- tempoh oleh seseorang murid /salik sehingga dia selamat sampai ke destinasi terakhir, iaitu kepada Tuhan Rabbul Jalil.
Mursyid atau dikenali juga sebagai Shaikh Keruhanian atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat atau Murabbi…. Semua ini adalah sebenar2 pewaris Nabi untuk mendidik Ummat pada Jalan Ketuhanan sebagaimana Rasulullah mendidik para sahabat Ridhwanullah.
Untuk mengetahui lebih lanjut Sifat2 Mursyid yang siddiq (benar) dan ciri2 Toriqah Ahli Sufi yang sahih pada sisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah, sila rujuk artikel2 terdahulu.
Khair, mari kita menyambung perbahasan berkenaan Tingkatan Iman Salikin (yang berma'rifat)….
Tingkatan IMAN @ TAUHID salikin ini adalah jauh berbeza dengan tiga tingkatan sebelumnya. Pada tiga tingkatan Iman orang awam yang dibicarakan sebelum ini, Iman mereka adalah berdasarkan kekuatan aqal fikiran. Mereka menggunakan segala daya fikir yang ada untuk memikirkan serta meyakini wujudnya Allah Ta’ala, Alam Kubur, Mahsyar, Syurga Neraka dll. Mereka beriman kepada Allah berdasarkan dalil2 yang tersurat (dalil naqli) dan dalil2 yang terbentang pada alam.(dalil aqli).
Di sini, iaitu salikin yang memperoleh Ma'rifat ianya jauh berbeza, kerana Iman seseorang pada peringkat salikin ini BUKAN lagi berdasarkan khabar, BUKAN berdasarkan dalil2 yang tersurat, BUKAN lagi berdasarkan pemikiran kekuatan aqal, BUKAN lagi bayangan dan sangkaan, TETAPI ia adalah semata2 IMAN yang terbit dari cahaya mata hati.
IMAN seseorang hamba pada peringkat ini adalah keyakinan yang wujud semata2 kerana menyaksikan / melihat wujud Allah dari dalam hatinya.
Apakah maksudnya?
Maksudnya adalah : Salikin yang bermujahadah bersungguh2 pada Jalan Ma’rifat dengan keikhlasan, ditunjukki oleh Allah Ta’ala akan jalan mengenal-Nya melalui “ainul- basirah” (iaitu pandangan mata hati) sebagaimana janji-Nya di dalam Al-Qur’an :
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”
[Al-Ankaboot (29) : ayat 69]
Ahli Ma’rifat mentafsirkan kata2 Allah ….
“pada Jalan Kami”
adalah ditujukan kepada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah. Iaitu Allah Ta’ala menjanjikan kepada orang2 beriman yang mujahadah sungguh2 pada Jalan-Nya (Jalan Ma’rifat ) bahawa Dia (Allah Ta’ala) akan membukakan mata hati mereka sehingga mereka dapat keyakinan (Iman /Tauhid yang teguh) tanpa asbab atau khabar. Maksudnya mereka tidak memerlukan lagi dalil2 atau khabar untuk membuktikan wujud Allah kerana mereka dianugerahkan oleh Allah kekuatan “melihat Allah” secara terang dari dalam hatinya. (penglihatan atau penyaksian ini pula berbeza2 dan bertingkat2 menurut kadar pencapaian salikin seperti akan datang huraian lanjut)
Dan maksud ayat ini …
“orang2 yang berbuat Ihsan”
adalah ditujukan kepada hamba Allah yang telah sampai kepada kesudahan atau kemuncak maqam Ma’rifat, disebut sebagai Arif Billah, disebut juga maqam IHSAN, maqam Taqwa yang sempurna, Maqam Siddiqin, Maqam Syuhud yang sempurna, Maqam Tajalli dan Maqam Insanul Kamil. (akan datang penjelasan ringkas berhubung dengan maqam ini).
Jika engkau bertanya, mana dalilnya orang2 yang dikatakan salikin yang mendapat Cahaya hati ini? Dan engkau bertanya lagi : Mana pula dalilnya mereka memperoleh IMAN /TAUHID dari pancaran cahaya Ketuhanan?
Maka kita menjawab : Dalilnya cukup banyak di dalam Kitabullah, Hadith Rasulullah yang dijelaskan oleh Ulama. Mari kita lihat sebahagian dari dalil-dalil tersebut.
📗Dalil Pertama :
Firman Allah :
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)
“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”
[An-Noor (24) : ayat 35]
Firman Allah ini merupakan ayat “mutashabihat” (ayat kesamaran yang penuh hikmah) yang mengandungi rahsia HATI, rahsia CAHAYA KETUHANAN dan rahsia IMAN yang tidak terhitung banyaknya.
Jika hendak dituliskan hikmahnya ayat tersebut mungkin akan kering segala lautan tinta dan musnah segala pena, namun tidak habis tertulis rahsianya.
Satu ayat ini sahaja cukup untuk menjelaskan tentang sekalian rahsia IMAN /TAUHID yang murni, iaitu IMAN sejati yang terbit semata2 dari pandangan mata hati, hati yang telah dipancari cahaya Ketuhanan, seperti penjelasan pada awal perbincangan ini.
📗Dalil ke-2 :
Firman Allah :
سُوۡرَةُ الاٴنعَام
أَوَمَن كَانَ مَيۡتً۬ا فَأَحۡيَيۡنَـٰهُ وَجَعَلۡنَا لَهُ ۥ نُورً۬ا يَمۡشِى بِهِۦ فِى ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ ۥ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٍ۬ مِّنۡہَاۚ َ
“Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya) kemudian Kami hidupkan dia dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya.
[Al-An’am (6) : ayat 122]
📗Dalil ke-3:
Firman Allah :
وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُ ۥ نُورً۬ا فَمَا لَهُ ۥ مِن نُّورٍ
“Barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun”
[An Nuur (24) : ayat 40]
📗Dalil ke-4:
Firman Allah :
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ
“Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) berserah diri lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang tertutup mata hatinya?)
[Az Zumar (39) : ayat 22]
📗Dalil ke-5:
Sabda Rasulullah ﷺ :
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah akan firasat mukmin, sesungguhnya dia melihat dengan Nur Allah “
[Imam Tirmizi]
📗Dalil ke-6:
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar. Kedua, qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya. Ketiga, qalbun mankuus (hati yang terbalik). Keempat, qalbun musfah (hati yang terlapis). Adapun qalbun ajrad adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf adalah hati orang kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafik, yang mengetahui kemudian mengingkari. Qalbun musfah adalah hati yang di dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka itulah yang akan menguasai hatinya.”
[Imam Ahmad]
Kesemua ayat Qur’an dan Hadith tersebut mendokong kebenaran akan wujudnya cahaya hati, wujud- nya pandangan mata hati hasil dari pancaran cahaya Ketuhanan ke dalam hati seorang Mukmin. Sekaligus ini membuktikan wujudnya Tingkatan Iman ini, tingkatan Iman salikin yang memperoleh Ma’rifat.
Seseorang beriman pada peringkat ini "melihat Allah" dari dalam hatinya. Ini bermakna dia tidak lagi menggunakan daya fikir sebagaimana tiga tingkatan sebelum ini. (tingkatan orang awam). Sebaliknya mereka semata2 "melihat Allah" dari pandangan mata hati yang telah disucikan. Dan pandangan tersebut adalah jitu, bersih dan penuh keyakinan tanpa sedikitpun keraguan di dalam penyaksiannya.
Ma’rifat adalah penghayatan hati dan ruh, ertinya hati salik melihat wujud Allah dari dalam hatinya, mengenal Allah dengan sebenar kenal, yaqin wujud Allah tanpa keraguan sedikit pun, beriman kepada Allah dengan mengalaminya sendiri serta merasai kehadiran-Nya.
Perasaan, pemandangan, penyaksian, penglihatan ini tidak dapat dikaifiyyatkan (dihuraikan secara harfiah)
Bagaimanakah seseorang salik memperoleh Ma'rifat?
Jawabnya: Ma’rifat ini diperoleh oleh seseorang salik setelah MUJAHADAH sungguh2 pada JALAN MA’RIFAT ILAHIYYAH di bawah asuhan seorang guru bertaraf Mursyid @ Murabbi yang siddiq (benar).
Hendaklah difahami sungguh2, Ma’rifat adalah semata2 anugerah Allah kepada hamba2-Nya yang ikhlas serta mujahadah sungguh2 pada Jalan-Nya.
Ma’rifat tidak terhasil dari kuliah2, atau dengan mentelaah buku2 atau dengan menghafal ribuan kitab, atau dengan diskusi2. Jika bacaan tersebut berhubung dengan Kitab2 Tasawwuf, maka semua itu hanyalah permulaan mengenal cara2 atau mengenal adab2 pada perjalanan kepada Jalan Ma’rifat. Bukan buah / hasilnya.
Kebenarannya adalah : Yang dikatakan Ma’rifat itu pada hakikatnya adalah Tauhid @ Iman @ Yaqin peringkat tinggi bagi orang2 yang memperoleh keredhaan Allah.
bersambung siri ke-4... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



