بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 3: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah

Blog post description.

PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH

8/16/20261 min read

SIRI 3 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAQWA ITU DI HATI

------------------------------

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

Taqwa tempatnya di sini, Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”

[Riwayat Imam Muslim]

Isyarah (pengertian mendalam) dan ibarah (contoh perbandingan) dari Hadith ini dijelaskan oleh seluruh Ulama Ahli Ma'rifat. (Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah)

Jika diteliti semua kitab2 mereka, maka kita akan dapati pengertian yang amat luas kepada Hadith ini berhubung dengan HATI dan kaitannya dengan Taqwa.

Berikut adalah Ringkasan dari huraian Ulama kita berkenaan Hadith ini yang memberikan petunjuk yang amat seni berkenaan TAQWA.

🕌 Pertama:

Rasulullah menunjukkan ke arah dada, ini bermaksud kepada jantung sanubari atau yang biasa disebut HATI. Ertinya TAQWA itu rahsia yang tersimpan di dalam HATI.

🕌 Kedua:

TAQWA bukan perhiasan luar, bukan ukuran pakaian luar tetapi cahaya IMAN di dalam dada (hati) kamu. Cahaya IMAN ini yang akan menentukan ketinggian TAQWA kamu sekaligus ketinggian kedudukan kamu di sisi Allah.

🕌 Ketiga:

TAQWA itu bukan menunjuk-nunjuk sifat wara' seperti jalan tunduk, berjalan perlahan-lahan, memakai pakaian lusuh buruk, rambut kusut masai dsb. tetapi TAQWA yang sebenar akan melahirkan sifat tawadhu, rendah diri hormati orang tua, mengasihi orang muda dan semua akhlaq terpuji secara luhur dan secara semulajadi yang bersih, ertinya dari dalam dada (hati).

🕌 Keempat:

Jika kamu melihat seseorang yang soleh yang terkenal solehnya menaiki kenderaan yang hebat atau memakai pakaian kemas hebat, ... ini tidak semestinya menunjukkan orang soleh itu hilang TAQWA, kerana TAQWA yang sebenar bersemi di dalam dada (hati).

Rasulullah adalah insan paling tinggi Taqwanya namun Baginda adalah insan paling segak, rambut tersisir kemas dan menunggang kuda yang hebat.

🕌 Kelima:

TAQWA itu berperingkat2 mengikut cahaya Iman di dada (hati) seseorang. Sekurang2 taqwa sejati adalah ketika seseorang hamba Allah memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tauhid seseorang yang tiada lagi syirik khafi atau mazumah dalam hatinya. (rujuk semula artikel Pembahagian Tingkatan Iman).

🕌 Keenam:

TAQWA tertinggi adalah TAQWA Rasul, Anbiya, Auliya Allah dan Mu'min Sejati. Dada (hati) mereka telah dipenuhi oleh Nur Zat Ilahiyyah (cahaya Allah) yang gilang gemilang dan mereka sentiasa muwajihah (menghadap Wajah Allah) Yang Maha Agung. Mereka tiada lupa kepada Allah sesaat pun. Hati dan ruh mereka telah bersih sebersih2nya dari syirik (syirik khafi), mazumah atau dosa2. Kecintaan mereka penuh kepada Allah dan musnah kecintaan selain Allah. Inilah setinggi2 TAQWA dan kesudahan TAQWA