بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 36: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....

Dalil 8: Firman Allah:

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّـٰلِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰٓئِكَ رَفِيقًۭا

"Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang Di-Anugerahi Nikmat oleh Allah, iaitu; Nabi-Nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."

[An-Nisaa’ (4) : Ayat 69]

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Barang siapa mentaati Allah di dalam Kefardhuan-Nya dan menta’ati Rasul ﷺ di dalam Sunnahnya, mereka itu di dalam Syurga nanti akan bersama dengan Nabi Muhammad ﷺ dan Nabi-Nabi yang lain dan Siddiqin, iaitu para Sahabat utama Rasulullah ﷺ dan mereka yang mati Syahid dan mereka yang Solihin dari kalangan Ummat Rasulullah ﷺ."

[Tafsir Ibn Abbas]

Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang Solihin adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang (kekal) beramal Zikrullah dan Muraqabah, iaitu orang yang benar-benar taat akan Allah dan Rasul-Nya.”

[Risalah Ma’rifat siri 1]

Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:

“Lafaznya mencakup setiap orang Soleh dan mereka yang Syahid.”

[Tafsir Qurtubi]

Bersambung siri 381 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 380)

■■■■■■■■■■■■■■■■■