بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 4: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 4 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ke-4: Bai’at Kepada Amir/Khalifah/Pemimpin


Ubadah bin Samit رضي الله عنه berkata : Rasulullah ﷺ telah memanggil kami, lalu kami pun memberi Bai’at kepada Baginda, kemudian `Ubadah berkata:”Di antara perkara yang diminta kami Bai’at adalah: Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah) dalam perkara yang kami suka atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap Amir (Pemimpin/Khalifah) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”

[Imam Bukhari]

Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنه Rasulullah ﷺ bersabda:


“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim (kepada Pemimpin mereka) dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat ma’siat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.”

[Imam Bukhari]

Ke-5: Bai’at Untuk Amal Soleh dan Da’wah

Berkata Jabir Bin Abdullah رضي الله عنه

Aku telah berbai’ah kepada Nabi ﷺ untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberikan nasihat buat setiap Muslim.


[Imam Bukhari]


Ke-6: Bai’at Untuk Jihad :

Dari Anas رضي الله عنه Rasulullah ﷺ berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah melantunkan sebuah bait syair; "Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan akhirat, maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajir." Serta merta para shahabat menyahut dengan bait syair; "Kita adalah yang berbai'at kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat."


[Imam Bukhari]

Ya'la bin Umayyah berkata; Aku datang kepada Rasulullah ﷺ bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata;

“Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah, kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: "Aku membaitnya untuk berjihad karena hijrah telah terputus."


[Imam An Nasai]