Siri 4: Mengapa?
MENGAPA HAFIZ QUR'AN IMAM SOLAT, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN
MENGAPA?
■■■■■■■■■■■■■■■■■
MENGAPA HAFIZ QUR'AN
ALIM FIQH, RAJIN SOLAT
PUN KENA GANGGUAN
JINN SYAITAN (Siri 4)
■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2.0 Penjelasan Kedua : Penderhakaan Iblis dan Dendam kepada Adam :
============================================================
Punca Penderhakaan Iblis dan Cabaran dia kepada Allah Ta'ala bahawa dia akan sesatkan sekalian bani Adam. (anak cucu Keturunan Nabi Adam Alaihis Salam)
Iblis tertipu dengan kejadiannya:
Sebelum ini kami telah paparkan secara ringkas, Penciptaan Iblis daripada Api yang tulin atau Api yang sangat panas atau Api yang menjulang2.
Iblis menyangka dia diciptakan oleh Allah Ta’ala dengan kemuliaan kerana dijadikan dari api yang sangat tulin dan sangat panas. Dia menyangka api itu suatu kemuliaan sedangkan “api yang marak menyala” dan “api yang menjulang tinggi kepanasannya” adalah menunjukkan kepada Sifat Kemurkaan Allah.
Api yang kecil dan terkawal adalah suatu Ni’mat Allah kepada manusia untuk mengambil manfaatnya pada ketika2 tertentu seperti untuk memasak, mengeringkan tetapi apabila api itu menjadi besar dan tak terkawal ianya menjadi pemusnah yang menghancurkan segala sesuatu di hadapannya.
Banyak kejadian di muka bumi yang telah disaksikan ketika api menjadi besar dan tak terkawal, banyak jiwa terkorban dan kemusnahan harta benda berlaku. Contoh yang lain : lava gunung berapi boleh membunuh ribuan manusia dan membinasakan tanaman, harta benda dan segala yang ada pada alirannya. Di Neraka, api marak menjulang yang meleburkan kulit dan tulang.
Dengan demikian keseluruhannya sifat api yang marak menyala dan membakar adalah menunjukkan sifat yang “membinasakan”. Inilah sifatnya dijadikan Iblis, syaitan dan jinn.
Iblis terusir dari Syurga dan menjadi makhluq terhina:
Iblis tidak mempunyai pengetahuan tetang kejadian dirinya yang mempunyai sifat membinasakan…! Dia tidak tahu sifat “api tulin yang marak menjulang” itu adalah sifat yang membinasakan. Pada sangkaan Iblis, dia adalah mulia dan lebih baik dari Adam. Dengan demikian ketika datang Perintah Allah Ta'ala supaya tunduk hormat kepada Nabi Adam, maka Iblis enggan dan ingkar.
Firman Allah :
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir."
[Al-Baqarah (2) : ayat 34]
Ketika menerima Perintah Allah, sekalian Malaikat tunduk hormat dan muliakan Adam, kecuali Iblis. Iblis ingkar kerana pada sangkaannya dia lebih mulia, lebih baik dan lebih istimewa dari Adam. Iblis menyangka kejadian Adam dari tanah itu hina sedangkan Adam dijadikan dengan kemuliaan. Iblis tidak mengetahui Allah Ta'ala menjadikan Adam sebagai makhluq istimewa.... dijadikan makhluq terbaik, di masukkan "Ruh Qudsi" dan dilengkapi dengan pancaran cahaya Asma' Allah yang Maha Agung. Akibat kebodohan dan Takabbur, maka jadilah Iblis makhluq terlaknat. Wal Iyazubillah.
Firman Allah :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ
Allah Ta'ala berfirman : "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? " Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.
[Al-A'raf (7) : Ayat 12- 13]
Dendam Iblis kepada Adam dan keturunannya:
Akibat penderhakaannya, Iblis terusir dari Syurga dan menjadi makhluq terlaknat. > ZAWIYAH JILANI: Sejak peristiwa tersebut, Iblis berdendam kepada Adam dan keturunannya. Dia bersumpah bahawa dia akan menyesatkan semuanya.
Firman Allah :
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji/ma'siat/ mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]
Allah Ta'ala berikan penangguhan kepada Iblis sampai Qiamat. Iblis berdendam dan berazam sungguh2 untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam. Iblis bebas menggunakan sekalian anak cucu keturunannya, jinn2 yang jahat dan manusia jahat untuk menyempurnakan misi tersebut. Dari kenyataan sejarah banyak sekali manusia telah disesatkan oleh Iblis dan kuncu2nya termasuk orang alim yang rajin beribadah. Sesungguhnya tipu helah Iblis amat halus dan licik.
Sesungguhnya pada kejadian Iblis dan pengusirannya dari Syurga serta penangguhan kematiannya terdapat pengajaran amat berharga untuk direnungkan.
Bersambung siri 5 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI*



