Siri 4: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah
Blog post description.
PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH
SIRI 4:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PERINGKAT / TINGKATAN MENCAPAI TAQWA
-------------------------------------------------------------------
Semua orang Islam (atau hampir semua orang Islam) memahami sekurang2 Taqwa adalah
Bersungguh2 mengerjakan yang disuruh - iaitu WAJIB
dan
Bersungguh2 meninggalkan yang dilarang - iaitu HARAM
Ungkapan yang cukup mudah disebut dan sering disebut2 oleh semua orang Islam terutama penceramah dan khatib, tetapi TIDAK difahami oleh kebanyakan orang Islam.
Sebahagian orang Islam menganggap Taqwa itu sekadar mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji. Maka mereka anggap sudah mencapai taqwa.
Setengah yang lain menganggap mereka sudah capai taqwa kerana ilmu syari'at yang tinggi.
Yang lain merasakan hafalannya yang banyak menjadikan seseorang itu Taqwa.
Ada juga merasakan sudah Taqwa jika sudah meninggalkan judi, arak, zina walaupun mulut dan hati penuh dengan kekejian.
Maksudnya adalah:
Sebahagian Ummat ini, termasuk orang yang menyangka dirinya banyak ilmu merasakan mereka sudah capai Taqwa dengan melakukan amal2 zahir syari'at tanpa pedulikan hal2 batin hati.
Mari kita halusi lagi makna TAQWA pada pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar:
------------------------------------
Tingkatan Pertama Taqwa
------------------------------------
Sebentar tadi kita menyebut TAQWA peringkat permulaan adalah ketika seseorang hamba Allah mematuhi suruhan Allah iaitu WAJIB dan menjauhi segala larangan Allah iaitu yang HARAM.
Apakah maksud mengerjakan yang WAJIB dan meninggalkan yang HARAM?
Cuba perhatikan baik2 penjelasan di bawah ini dengan jiwa yang luas terbuka..!
PERINTAH SURUHAN ALLAH – PERINTAH WAJIB
…………………………………………………………
Menurut pegangan Ahlus Sunnah yang benar dan sah, perkara WAJIB bagi setiap “mukallaf” meliputi 3 perkara pokok iaitu :
🌷Pertama :
Bab kepercayaan yang dipanggil Tauhid/ Iman/ Aqidah.
🌷Kedua :
Bab amalan anggota zahir dipanggil Fiqh
🌷Ketiga :
Bab amalan hati dan ruh dipanggil Tasawwuf / Tariqat
Penjelasan: Bab Tauhid /Iman/ Aqidah
**********************************
Mengetahui dan berpegang teguh dengan Aqidah / Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Menjauhi sekalian perkara yang membawa kepada kekufuran dan kesyirikan
Penjelasan : Bab Fiqh
********************
Mengetahui dan amalkan setiap kewajipan di dalam rukun Islam – solat, puasa,zakat dan Haji,
Mengetahui dan amalkan ibadah lain yang wajib seperti zikrullah, membaca Qur’an dan Solawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم
Mengetahui dan amalkan kewajipan2 umum yang lain seperti menutup aurat dengan sempurna, menjauhi pergaulan yang dilarang, jual beli dll
Mengetahui dan amalkan kewajipan yang berhubung dengan manusia seperti ta’at pada ibu bapa, ta’at pada suami (bagi wanita), ta’at pada Guru, ta’at pada pemimpin yang adil, berbuat kebajikan, da’wah , jihad dll
Bagi orang yang mejadi pemimpin (ketua keluarga sehingga Pemerintah Negara) wajib mengetahui dan mendirikan hukum sebagaimana dikehendaki Allah Ta’ala
Penjelasan: Bab Tasawwuf / Tariqat
*******************************
Mengetahui dan berguru kepada Pemimpin keruhanian yang benar iaitu Mursyid, Ulama Pewaris Nabi yang muhaqqiq
Mengetahui perkara2 yang membawa kepada syirik khafi ; iaitu Takabbur, Riya’, Sum’ah, ‘Ujub dan Tawakkal selain Allah serta mujahadah sungguh2 menjauhinya / hapuskannya dari hati
Mengetahui mazmumah iaitu sifat2 yang dikeji dalam hati seperti tamak, bakhil, pendendam, pemarah, zalim, penghasut, gemar fitnah, gemar tuduh dusta, dll… serta mujahadah sungguh2 menyucikannya dari hati
Melatih hati dan ruh mengenal Allah melalui zikrullah dan latihan2 lain yang berkaitan di dalam Ilmu Tariqat/Tasawwuf



