بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 48: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....

Dalil 17 : Fatwa Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu

“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.”

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]

Beliau berkata lagi:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik keruhanian yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlaq-akhlaq yang tercela dan menggantinya dengan akhlaq-akhlaq yang terpuji.”

[Ihya Ulumuddin]

Berkata Imam Ghazali lagi:

"Jalan Agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]

Dalil 18 : Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu 'Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]

Dalil 19 : Fatwa Imam Ath-Tayyibi Radhiallahu 'Anhu

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yang diketahuinya. Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus. Sehingga dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebaskan dari sifat-sifat tercela.

[Hasyiah Al-Kasyaf]

Bersambung siri 393 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 392)

■■■■■■■■■■■■■■■■■