بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 5: Menuntut Ilmu Agama

Kewajipan Menuntut Ilmu Agama

MENUNTUT ILMU

8/7/20261 min read

Penjelasan Siri 5: Mengapa wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

1. Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) mewarisi keseluruhan Agama daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, mewarisi Ilmu Baginda yang zahir dan maupun yang batin, melalui Silsilah Penerimaan Ilmu yang terpelihara keaslian dan kesuciannya. Tiada kuasa mana pun mampu menghalang atau mencemarkannnya!

2. Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) sentiasa memegang AMANAH ALLAH, berpegang teguh dengan Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang tulin (benar) - sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Rasulullah ﷺ (fiqh) dan Toriqat Rasulullah ﷺ (Tasawwuf) tanpa terpisah dan tanpa abaikan mana-mana bahagian Agama Allah.

3. Allah Ta'ala Limpahkan ke dalam dada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) Nur Rabbaniyyah (Cahaya Ketuhanan) dan Nur Muhammad (Cahaya Muhammad). Pada setiap waktu mereka didalam Petunjuk Allah dan pimpinan tangan Rasulullah ﷺ

4. Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), sentiasa berkata yang BENAR! Beliau BUKAN pendusta!

5. Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) BUKAN ahli politik kotor dunia, BUKAN ahli Sihir, BUKAN ahli silap mata, BUKAN orang yang menunjuk-nunjuk kekeramatan (hal ajaib-ajaib). Akan tetapi mereka adalah hamba dan Kekasih Allah yang mendirikan Kalimah Allah dan menyebarkan Cahaya Allah keatas muka bumi.

6. Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) memimpin manusia kepada Allah dengan selamat!

7. Setiap Mursyid yang Siddiq (benar) berserta pengikut masing-masing akan bergabung dibawah PANJI-PANJI RASULULLAH ﷺ pada hari Qiamat.

Firman Allah:

يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا

“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”
[Al-Isra (17) : ayat 71-72]

AWAS! AMARAN:
JANGAN TERTIPU DENGAN AHLI PETAPA, AHLI NUJUM, BOMOH, MURSYID PALSU!
MOHON PETUNJUK ALLAH AGAR DIA MENUNJUKKI MURSYID YANG SIDDIQ (BENAR) YANG AKAN PIMPIN KAMU KEPADA ALLAH DENGAN SELAMAT!
====================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
====================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: TUNTUT ILMU FARDHU 'AIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullah

#MursyidPewarisNabiYangSiddiq