بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 5: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20262 min read

Siri 5 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

6.0 Rumusan / Fakta2 Pengertian Taqwa

Isyarah (pengertian yang mendalam) yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ berkenaan Taqwa. Kemudian diikuti dengan sekian banyak pengertian dan tafsiran yang diberikan oleh Ulama2 kita, di sini kita dapat rumuskan beberapa fakta penting berhubung dengan TAQWA.

Pembukaan pengertian Taqwa yang disabdakan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ

🌻🕌 Rasulullah ﷺ bersabda:

Taqwa tempatnya di sini, -Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”

[Riwayat Imam Muslim]

Simpulan pengertian Taqwa oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عنه

🌻🕌 Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa :

“TAQWA” adalah perhimpunan sekalian sifat2 kebaikan (yang diredhai oleh Allah). Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”

📗✒ Fakta Pertama: TAQWA itu bersemi di dalam dada (hati/jantung sanubari)

Rasulullah ﷺ menunjukkan ke arah dada, ini bermaksud kepada jantung sanubari atau yang biasa disebut HATI. Ertinya TAQWA itu rahsia yang tersimpan di dalam HATI.

📗✒ Fakta Kedua: TAQWA itu cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) :

Menurut Ahli Ma'rifat, yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ adalah cahaya Rabbaniyyah (Cahaya Ketuhanan) di dalam HATI (jantung sanubari), Ertinya TAQWA itu adalah cahaya Ketuhanan yang memenuhi HATI dan memancar keluar dari HATI sehingga seluruh anggota zahir dan batin disinari cahaya tersebut. Aqal fikirannya disinari cahaya Ketuhanan. Perkataannya, perbuatannya, pemikirannya, tingkah lakunya disinari cahaya Ketuhanan, bahkan seluruh kehidupanya disinari cahaya Ketuhanan.

📗✒ Fakta Ketiga : Cahaya Ketuhanan yang menimbulkan TAQWA terhasil dari Proses Penyucian diri.

Seseorang hamba TIDAK akan memperoleh cahaya Ketuhanan yang membawanya kepada TAQWA melainkan dia melalui beberapa proses penyucian HATI. Di dalam hati bersarang berbagai penyakit ma'nawiyyah iaitu syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat2 keji), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (selain Allah).

Semua jenis penyakit ini (syirik khafi, mazmumah, ghaflah dan dosa2) menyebabkan hatinya berkarat dan kotor. Hati yang kotor menyebabkan seseorang itu terhijab (terdinding) dan jauh dari Allah Ta'ala. Maka HATI itu mesti disucikan dari semua jenis penyakit ini, iaitu syirik khafi, mazmumah, dan dosa2. sehingga apabila telah benar2 bersih, maka hati itu bersedia menerima cahaya Ketuhanan yang indah2 kegemilangan yang menerbitkan TAQWA.

📗✒ Fakta keempat: TAQWA bukan teori.

Taqwa BUKAN sekadar melafazakan ucapan2 hebat, BUKAN sekadar menceritakan (teori) sifat2 kebaikan atau akhlaq, BUKAN sekadar syarahan kata2 indah bermadah, BUKAN sekadar menempelkan lambang2 kebaikan di atas tubuh, BUKAN gelaran atau pangkat. Tetapi TAQWA yang sebenar adalah penghayatan HATI dan RUH akan himpunan sifat2 kemuliaan yang diredhai Allah.

📗✒ Fakta ke Lima: TAQWA bukan hafal ayat2, Hujjah2:

TAQWA tidak akan lahir dengan sekadar hafalan2 kitab (walaupun di satu sudut pandang hafalan itu sangat baik dan dituntut), TAQWA juga bukan sekadar mahir di dalam ilmu2 fiqh (walaupun mahirkan diri dengan ilmu fiqh itu fardhu kifayah), BUKAN hafal teori sifat 20, BUKAN mahir debat hujjah2 Agama, tetapi TAQWA lahir dari HATI yang telah disucikan daripada sekalian syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat2 keji) dan aghyar (selain Allah). Ertinya HATINYA sudah benar2 bersih suci dari najis2 ma'nawiyyah.