بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 5: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid

Blog post description.

PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID

8/17/20264 min read

Siri 5 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

... sambungan

✳Tingkatan Iman Kelima: Martabat iman Arifin @ Ahli Ma'rifat. (Iman Rasul, Nabi dan Auliya Allah)

Kita telah bicarakan hal salikin yang memperoleh Ni’mat Ma’rifat Kurniaan Allah Ta’ala, mulai daripada peringkat Tauhid Af’al sehingga mencapai Tauhid Zat.

Kemuncak pencapaian salikin adalah ketika dia melepasi hijab terakhir (tabir cahaya Ketuhanan yang penghabisan), masuk kepada Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan yang Maha Suci). Ini adalah perhentian terakhir perjalanan keruhanian. (ertinya perhentian nisbah perjalanan, BUKAN nisbah Ilmu Ma’rifah kerana perolehan ilmu Allah tiada penghabisan, ianya berterusan berkembang sehingga nafas terakhir).

Salikin yang sampai ke Maqam terakhir dan tertinggi ini dipanggil :

“Al-Arifin” atau di sebut juga “Arif Billah” atau “ Ahli Ma’rifat” (pakar dalam selok belok Ilmu Ma’rifat) iaitu orang yang sebenar2 kenal Allah dan bertauhid kepada-Nya dengan sebenar Tauhid tanpa keraguan sedikitpun.

Ini adalah tingkatan Iman yang tertinggi. kemuncak Tauhid, kemuncak Maqam Ma’rifat Ketuhanan, kemuncak MengEsakan Allah Ta'ala dengan penyaksian kepada Tuhan Rabbul Jalil di Arasy-Nya Yang Maha Agung. Penyaksian ini kepada Hadratul Quddus (Hadrat Tuhan Yang Maha Suci) tanpa hijab apa pun. Sekalian tabir cahaya yang menghijabkannya telah terangkat, maka ruh hamba menyaksikan Zat Allah tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa asbab (sebab2) dan tanpa burhan (keterangan dalil) apa pun, hanyasanya ia suatu penyaksian mutlak akan Zat Allah Yang لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْ. (Tiada umpama sesuatu seperti-Nya)

Ertinya pertemuan itu suatu sangat Quddus (tersangat suci), penuh Sirr (rahsia yang sangat rahsia), tersangat indah yang di luar dari bahasa kemanusiaan. Tiada lukisan dapat menggambarkannya , tiada lafaz dapat mengungkapnya, tiada aqal dapat memikirkannya… ia semata2 suatu “perhimpunan” antara Mahbub (yang dicintai) dan Muhibb (yang mencintai).

Keindahan, kegembiraan dan kelazatan pertemuan ini melebihi segala kelazatan yang dicipta oleh Allah Ta’ala di atas muka bumi.

Semua orang Islam mendambakan syurga, tetapi apakah Ni’mat Allah yang terbesar di dalam Syurga? Ni’mat Allah yang paling agung di dalam syurga bukan istana yang mewah, bukan bidadari, bukan khamar, bukan makanan yang enak2 dan lazat2. Ni’mat terbesar bagi ahli Syurga adalah melihat Wajah Allah Yang Maha Penyayang.

Para Auliya Allah berikan khabar bahawa, jika seseorang menghadap Wajah Allah, dia tidak dapat palingkan wajah dia dari memandang Wajah-Nya disebabkan tersangat asyik dan lazatnya memandang Wajah-Nya.

Demikianlah pemerasaan dan pandangan matahati dan ruh orang yang sampai ke Hadratul Quddus, martabat tertinggi Ma’rifat sehingga dia dapat menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci. Ertinya hamba2 pilihan ini diberi anugerah melihat Wajah-Nya yang Maha Mulia ketika mereka di dunia ini lagi. Iaitu mereka telah memperoleh setinggi2 Ni’mat Syurga.

Menurut Ulama Arif Billah, Ini adalah syurga yang disegerakan bagi kekasih2 Allah, iaitu Syurga yang dikurniakan oleh Allah ketika mereka masih hidup di dunia lagi, syurga yang tiada di dalamnya istana atau bidadari, tiada di dalamnya susu atau sungai madu. Tetapi ia semata-mata Wajah Allah Yang Maha Suci.

Berkata Imam Jilani رضي الله عنه

"Hal ini hanya dapat dirasai oleh siapa yang sudah dianugerahi kefahaman oleh Allah hasil kesucian ruhaniyyahnya sempurna di dalam batinnya. Bagi orang yang terhijab (terhalang dari melihat) daripada rahsia2 Ketuhanan ini, dia akan tinggal jahil selama tidak terarah kepada mensucikan kebatinannya."

Kata Imam Jilani lagi,

“Apabila matlamat tersebut dicapai dengan perasaan berdampingan dengan Allah, maka minda keduniaannya akan tunduk kepada perasaan yang timbul dari pencapaian matlamat tersebut. Maka hatinya akan merasa ta’jub (kehairanan), lidahnya kelu. Dia tiada upaya menceritakan keadaan ini kepada orang lain kerana Allah tidak serupa dengan segala sesuatu dan tiada dapat diibaratkan atau diumpamakan dengan sesuatu apa pun. Dia (Tuhan Rabbul Jalil) tidak ada sama-Nya; sesuai dengan apa yang difirmankan oleh-Nya di dalam Al-Qur’an : لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَي*ْ.

“Tiada umpama sesuatu seperti-Nya”

[Sirrul Asrar Fi-Ma-Yahtaju Iyahil Abrar]

DALIL-DALIL MELIHAT ALLAH DENGAN MATAHATI

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Seluruh Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa insan yang suci hatinya harus “melihat Allah” dan menyaksikan-Nya di Hadratul Quddus dari pandangan cahaya matahati. Dali2nya amat banyak dari Al-Qur’an dan Hadith.

Dalil Pertama :

~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah :

سُوۡرَةُ القِیَامَة

وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢)

إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣)

“Wajah-wajah mereka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat”.

[Al-Qiyamah (75) : ayat 22-23]

Dalil kE-2

~~~~~~~~~~

Firman Allah :

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mepersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya.

[Al-Kahfi (18) : Ayat 110]

DALIL KE-3

~~~~~~~~~~

Hadith Qudsi :

Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:

“Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]

DALIL KE-4

~~~~~~~~~~

Kata Ibnu Abbas:

“Baginda Rasulullah melihat Allah dengan hatinya”

[Imam Muslim]

DALIL KE-5

~~~~~~~~~~

Dari Abu Hurairah رضي الله عه ,Rasulullah ﷺbersabda, ”Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman,

"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku isytiharkan perang terhadap dia. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah nawafil (ibadah yang sunnat2) hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, menjadi tangannya yang dengannya dia memegang, dan menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya."

[Imam Bukhâri, Imam Abu Nu’aim, Imam Baihaqi ]

Hadith Qudsi ini mempunyai petunjuk, gambaran sifat2, bahkan gambaran keseluruhan yang cukup sempurna darihal orang yang sampai ke Martabat Ahli Ma’rifat @ Martabat Maqam Ihsan @ Martabat Insanul Kamil (insan sempurna) @ Martabat Melihat Allah @ Martabat beriman kepada Allah dengan "syuhud" pangandangan ruh yang kita sedang membincangkan ini.

Sebuah gambaran betapa hampir dan eratnya hubungan seorang Arif Billah dengan Allah Ta’ala sehingga apa sahaja permintaannya dikabulkan. Bahkan Allah Ta’ala membangsakan “kekasih-Nya” itu sebagai pengelihatan-Nya dan pendengaran-Nya, Ini membayangkan sebuah pengisytiharan agung :

✅(1) Auliya Allah adalah Kekasih2 Allah yang sentiasa berserta Allah, tiada sekelip mata pun terpisah dengan-Nya.

✅(2) Mereka mengabdikan diri sepanjang waktu kepada Allah Ta’ala, sama ada ketika sedang melakukan suatu Ibadah khusus atau pun waktu2 lain.

✅(3) Ibadah mereka sebenar2 Ibadah yang mencapai kemuncak Ikhlas.

✅(4) Mereka sentiasa mendahulukan Allah dari segala makhluk yang maujud.

✅(5) Mereka sentiasa menurut perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

✅(6) Mereka mengambil sesuatu halal sahaja dan meninggalkan makruh dan syubhah.

✅(7) Lidah, nafas, hati dan ruh sentiasa basah dan karam dengan Zikrullah

✅(8) Sekalian kata2 mereka adalah benar

✅(9) Sekalian perbuatan mereka adalah mengandungi Rahmat dan Keampunan Allah

✅(10) Mereka inilah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.

seolah-olah Allah Ta’ala berkata kepada seluruh manusia, “Perhatikanlah kekasih-Ku ini, dia adalah orang kesayangan –Ku, Aku jadikan dia Pahlawan dan Pemimpin bagi orang2 beriman dan Pemimpin bagi Arifin, maka jadikanlah dia sebagai pemimpinmu”.

Menurut kata Ulama Arif lagi,

Mereka inilah yang menjadi kekasih2 Allah di atas muka bumi dan tidak akan pupus keberadaan mereka sehingga Qiamat. Erti nya apabila seorang Wali Allah wafat, maka akan digantikan oleh Allah dengan Wali Allah yang lain.

Salah satu ketegasan paling penting dari Hadith Qudsi ini adalah : Sesiapa yang memusuhi Wali Allah, maka mereka menjadi musuh Allah. Jika yang menentang itu orang Islam maka gugur Iman dia, padam cahaya hati dia dan menerima kutukan seluruh makhluk Allah atas muka bumi. Wal Iyazubillah.

Inilah sebabnya orang2 Islam perlu waspada, kenali Auliya Allah dan beradab dengan mereka. Jangan sesekali memusuhi mereka.! Makna memusuhi ialah kamu menetangnya atau menghinanya, mengejeknya, mencaci nya atau lain2nya.

Bersambung siri ke-6... Insya Allah.

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Pesanan :

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳