Siri 5: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah
Blog post description.
PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH
SIRI 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TINGKATAN PERTAMA TAQWA ...sambungan
LARANGAN ALLAH - HARAM
-------------------------------------------
Perkara2 yang dilarang (haram) adalah perkara2 yang menjadikan seseorang mendapat dosa sama ada dosa besar maupun dosa kecil.
Semua perkara2 yang berlawanan dengan perkara2 yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala adalah haram, ertinya meninggalkan setiap perkara yang telah di WAJIBKAN oleh Allah adalah BERDOSA dan akan menerima siksaan berat.
Kemudian dari itu ada lagi perkara2 lain yang membawa kepada dosa seperti yang tersebut di dalam Al-Qur’an dan Hadith Nabi. Para Ulama kita telah menyusun semua perkara ini di dalam kitab mereka.
Secara umumnya perkara2 larangan (yang haram) adalah :
1⃣Menyekutukan Allah sama ada syirik jali (syirik besar) atau syirik khafi (tersembunyi). Kedua2 syirik ini adalah dosa2 paling besar.
Syirik Jali (syirik akbar/besar/nyata) seperti menyembah berhala, matahari atau lain2nya. Syirik ini menjadikan seseorang itu murtad terus dari agama. Tiada kemaafan kecuali dia mengucap Kalimah Syahadah semula dan bertaubat Nasuha.
Syirik Khafi (tersembunyi) iaitu Takabbur, Riya’ , Sum’ah, Ujub dan Tawakkal selain Allah – semua ini TIDAK menjadikannya murtad, namun kesannya pada Iman amat berat sekali.
Orang yang melakukan syirik khafi wajib taubat segera dan banyak-banyak zikr kalimah “La Ilaha Illallah” supaya kesan hitam pada hatinya segera hilang. Jika tidak, kesan2 syrik khafi ini boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan amal ibadahnya hangus terbakar / terhapus.
Apakah maknanya?
Ini bermaksud kesan akibat syirik khafi tidak kurang dahsyat dan bahayanya dibandingkan dengan syirik jali ...!
Perhatikan sungguh2 dan jangan lalai....!
Segelintir golongan "cerdik pandai agama" yang berkeluluan universiti dan setengah mereka yang sudah pandai Al -Qur'an mendakwa syirik khafi itu tidak apa-apa dan tidak bahaya kepada Iman. Ini adalah kebodohan nyata yang bawa kesesatan.
Golongan khawarij, (wahabiyah), syi'ah, mujassimah, mu'tazilah, jabariyah, dll yang tersesat TIDAK mempedulikan syirik khafi ini. Mereka TIDAK memeriksa diri, TIDAK mendidik diri dan TIDAK berusaha menyucikan HATI daripada kekejian syirik khafi. Akibatnya mereka sentiasa terjerumus kepada takabbur kesombongan, ujub, riya dll yang menjadikan hati menjadi gelap dan tertutup.
Inilah satu daripada beberapa sebab lain yang menjadikan mereka tersesat dan setengahnya menjadi zindiq. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan kita dari golongan2 yang tertipu ini.
2⃣Meninggalkan Solat Fardhu atau rukun Islam yang lain dengan sengaja
3⃣ Dosa2 lain pada syari'at zahir :
Berzina, berjudi, minum arak, mencuri, merompak, Membunuh jiwa yang tak berdosa / tanpa haq, Menzalimi makhluk Allah , Derhaka kepada ibu bapa, Derhaka kepada Pemimpin / Amir / Imam yang adil, Membuka aurat, Bergaul campur laki2 perempuan bukan mahram dan banyak lagi.
4⃣ Dosa2 lain pada batin - hati :
Lalai dari zikrullah, Melakukan fitnah, mengumpat, adu domba, Berdusta, tamak, bakhil, pendendam, pemarah dan banyak lagi
Inilah di antara perkara2 HARAM yang mesti dijauhi. Setengah larangan tersebut menjadikan seseorang mendapat DOSA dan setengahnya lagi menghantarnya kepada Kekafiran.



