بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 59: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....

Dalil 26: Rasulullah ﷺ di-pimpin Oleh Jibril Alaihis Salam

Mulai Wahyu Pertama sehinggalah kepada Isra’ Mi’raj, dan sampai akhir hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ sentiasa di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam. Sejak Baginda ﷺ Di-Utus menjadi Rasul, Baginda ﷺ sentiasa bertanya kepada Jibril Alaihis Salam darihal sesuatu hal yang Baginda ﷺ tidak memahaminya. Pada peristiwa Isra’ Mi’raj, Jibril Alaihis Salam memimpin Baginda ﷺ sepanjang perjalanan sehingga ke Sidratul Muntaha.

Apakah hikmah dan rahsia tersirat di sebaliknya?

Mengapakah Rasulullah ﷺ Di-Taqdirkan untuk di-pimpin oleh Jibril Alaihis Salam sedangkan Maqam Rasulullah ﷺ lebih tinggi daripada Jibril Alaihis Salam?

Apakah hikmahnya Rasulullah ﷺ bertanya sesuatu kepada Jibril Alaihis Salam darihal perkara Ghaib sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibul-Asrar (Pemilik Rahsia Ketuhanan) yang jauh lebih tinggi Ilmu Baginda ﷺ berbanding sekalian makhluq yang wujud?

Sesungguhnya di dalam kejadian-kejadian tersebut tersimpul Rahsia tersirat, iaitu setiap manusia memerlukan Pemimpin Keruhanian untuk mengenal Allah. Jika Rasulullah ﷺ yang demikian hebat Ilmu Baginda ﷺ mengenal Allah Di-Taqdirkan untuk di-pimpin, apa lagi manusia awam yang sangat jahil? Renungkan!

Bersambung siri 404 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 403)

■■■■■■■■■■■■■■■■■