بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 6: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20262 min read

SIRI 6 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


6.0 KEFAHAMAN YANG BENAR TERHADAP BAI’AT DI ZAMAN RASULULLAH

Paparan para Perkara 5.0 menjadi bukti jelas bahawa Bai’at di zaman Rasulullah ﷺ BUKAN semata2 Bai’at untuk masuk Islam, tetapi meliputi hampir semua bentuk KeImanan, Ibadah dan Jihad.

Beberapa rumusan penting dari pemerhatian terhadap Bai’at Sahabat kepada Rasulullah ﷺ :

(1) Kesemua peristiwa Bai’at para Sahabah kepada Rasulullah ﷺ, memberi petanda pentingnya Bai’at di dalam membangunkan jiwa Ummat kepada Keimanan dan Ketaqwaan.

(2) Hati insan sentiasa berbolak balik, ada kalanya baik bersemangat dan kalanya lemah tidak bermaya. Maka Bai’at berulang-ulang atau memperbaharui Bai’at kepada Rasulullah ﷺ menjadi ledakan semangat baru kepada Perjuangan.

(3) Kesemua Bai’at tersebut sama ada untuk mempertahankan IMAN, atau bersungguh2 di dalam IBADAH atau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah, kesemuanya menuju matlamat yang SATU iaitu meninggikan Kalimah Allah di muka bumi bagi mencapai keredhaan Allah.

(4) Kefahaman yang benar terhadap keseluruhan Bai’at ini amat penting kerana ianya berkait dengan kesinambungan Bai’at yang berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.


7.0 ADAKAH TERHENTI BAI’AT SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH ﷺ ?

Sebahagian Ummat ini beranggapan Bai’at tidak wujud lagi setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. Sebahagian lagi bepegang Bai’at tidak wujud lagi selepas kejatuhan Kerajaan Islam Othmaniyyah, dan menafikan terus konsep Bai’at. Golongan ini beranggapan Bai’at itu cuma bagi Khalifah /Amir yang memerintah Negara.

Semua anggapan ini keliru dan tertolak.

Yang benar adalah selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, warisan suci Bai’at ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin dan Ummat Islam seluruhnya. Sekurang2nya kita dapat mengenal dua bentuk Bai’at berterusan pada zaman Sahabat, Tabiin, dan generasi kemudiannya.

Pertama :

Bai’at kepada Kepala Negara yang memegang Kekuasaan Politik /Pentadbiran Negara, yang digelar Khliafah/ Amir/ Sultan

Kedua :

Bai’at kepada Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu, ruhaniah dan Rahsia Kenabian yang digelar Khalifah / Shaikh Mursyid/ Imam/ Ahli Sufi/ Ahli Ma’rifat/ Murobbi yang Siddiq


Di dalam Risalah kecil ini, kita akan tumpukan perhatian kepada Bai’at yang ke-2 di atas, iaitu Bai'at yang berhubung dengan Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin.

Dari merekalah (Warisatul Anbiya) telah berkembang Ilmu Islam dan terpelihara Agama daripada kejahilan dan kesesatan. Merekalah Pemimpin2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Sekalian Imam2 besar Fiqh (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e, Imam Hambali), dan Imam2 Ilmu Tasawwuf (Imam Jaafar Siddiq, Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Hasan Al Basri, Imam Junaid Al-Baghdadi dll) dan juga Imam2 Usuluddin (Imam Abu Hasan Asy’ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi) bahkan kesemua Mujtahid, Mujaddid sepanjang zaman adalah lahir daripada Warisan Suci Rasulullah ini.

(Bab ini kita sudah bincangkan pada Tajuk “Pembahagian Tingkatan Iman @ Tauhid – sila rujuk)..