بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 6: Menuntut Ilmu Agama

Kewajipan Menuntut Ilmu Agama

MENUNTUT ILMU

8/6/20261 min read

Penjelasan Siri 6:

Membaca sendiri BUKU AGAMA tanpa bimbingan Guru, akan membawa kesesatan!

1. Membaca sendiri buku-buku Agama berkaitan Fardhu 'Ain atau Fardhu Kifayah tanpa bimbingan dan Pimpinan Guru, maka manusia akan tersesat!

2. Setiap perkara di dalam hidup di dunia memerlukan Guru yang menunjukki jalan.

3. Hal Ehwal Agama lebih memerlukan Bimbingan dan Pemimpin yang menunjuk jalan disebabkan wujud kesamaran serta tarikan nafsu dan Iblis!

4. Tanpa Pimpinan dan Bimbingan Guru yang Arif, manusia akan tersesat.

5. Sejarah membuktikan orang yang tidak mempunyai pemimpin kepada Allah, menemui kesesatan! Wal Iyazubillah!

Berkata Imam Ghazali Radhiallhu 'Anhu:
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang Di-Redhai Allah). Jalan agama sangatlah samar, (tidak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk di masuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya.
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]

PERHATIAN:
Mereka yang belum menemui seorang Mursyid, perlu mencari Guru awam yang benar-benar berpegang pada Ahlus-Sunnah Wal Jama'ah yang tulin (benar). Jangan tertipu dengan mainan 72 golongan sesat!

=============================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
=============================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: TUNTUT ILMU FARDHU 'AIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullah

#MursyidPewarisNabiYangSiddiq