بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 6: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20262 min read

Siri 6 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sambungan....

6.0 Fakta2 Penting Taqwa

📗✒ Fakta keenam: TAQWA sebenar bukan menunjuk2 wara' / pakaian lusuh:

TAQWA itu juga bukan menunjuk-nunjuk sifat wara' seperti jalan tunduk, berjalan perlahan-lahan, berkata2 dengan lembut yang memikat hati orang, memakai pakaian lusuh buruk, rambut kusut masai, naik kenderaan buruk, tinggal di rumah2 buruk dsb.

Tetapi TAQWA yang sebenar akan melahirkan sifat tawadhu, rendah diri hormati orang tua, mengasihi orang muda dan semua akhlaq terpuji secara luhur dan secara semulajadi yang bersih, ertinya dari dalam dada (hati)

Rasulullah ﷺ, adalah insan yang paling tinggi TAQWA nya, namun Baginda adalah orang yang paling segak, kemas, rambut tersisir rapi, menunggang kuda yang pantas...!

📗✒ Fakta ketujuh: Madrasah Ahli Sufi - Proses Penyucian HATI kepada TAQWA.

Madrasah Sufi/ Ahli Ma'rifat adalah institusi Penyucian jiwa/ hati yang sebenar yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ,

Pakar keruhanian yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid. Shaikh Mursyid adalah wakil Rasulullah ﷺ, untuk mendidik, mengasuh, membimbing manusia menjadi hamba2 Allah yang TAQWA. Mereka (Shaikh Mursyid) telah dipersiapkan oleh Allah Ta'ala dengan berbagai kelengkapan hati dan ruh untuk memimpin keruhanian manusia.

Shaikh Mursyid sendiri telah melalui berbagai tarbiyyah dari Guru mereka yang merupakan Pewaris Nabi yang benar yang bersilsilah sampai kepada Rasululah ﷺ.

Sebagaimana Baginda Rasulullah ﷺ mendidik, mengasuh dan memimpin para Sahabat kepada kemuliaan TAQWA. Demikian lagi setelah kewafatan Baginda, para Sahabat pula memimpin Tabiin kepada kemuliaan TAQWA. Setelah berlalu zaman Sahabat (sahabat telah wafat) maka tugas pendidikan kepada kecemerlangan TAQWA berpindah kepada para Tabiin. Setelah itu (setelah Tabiin wafat) tugas mendidik dan memimpin manusia kepada TAQWA berpindah pula kepada Tabiit Tabbiin. Setelah kewafatan Tabiit Tabiin, Sistem pendidikan Rasulullah ﷺ kepada kecemerlangan TAQWA ini diwarisi pula oleh Pewaris2 Nabi seterusnya yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid. Sistem pendidikan murni ini berterusan turun-temurun sampai ke saat ini dan akan berterusan sampai Qiamat.

📗✒ Fakta kelapan : TAQWA itu berperingkat2 mengikut cahaya Iman di dada (hati) :

TAQWA itu berperingkat2 mengikut cahaya Iman di dada (hati) seseorang. Sekurang2 TAQWA sejati adalah ketika seseorang hamba Allah sampai kepada Maqam Tauhid Af'al iaitu Tauhid Mengesakan Allah Ta'ala pada Af'al Nya. Pada saat ini HATI seseorang telah benar2 suci bersih dari syirik khafi dan mazumah dalam hatinya. (rujuk semula artikel Pembahagian Tingkatan Iman). Inilah sekurang2 TAQWA, permulaan TAQWA.

Sebelum seseorang mencapai sekurang2 kesucian hati ini, belumlah dikatakan ada TAQWA.

TAQWA Tingkatan Pertama : Maqam Tauhid Af'al

TAQWA Tingkatan ke -2 : Maqam Tauhid Asma'

TAQWA Tingkatan ke -3 : Maqam Tauhid Sifat

TAQWA Tingkatan ke -4 : Maqam Tauhid Zat

TAQWA Tingkatan ke -5 : Maqam Tauhid Zat Yang Sempurna.

📗✒ Fakta kesembilan: TAQWA tertinggi adalah TAQWA Rasul, Nabi dan Auliya Allah .

Para Rasul, Nabi dan Auliya Allah memiliki kesempurnaan TAQWA. (TAQWA Tingkatan ke-5 : Maqam Tauhid Zat Yang Sempurna.)

Dada (hati) mereka telah dipenuhi oleh Nur Zat Ilahiyyah (cahaya Allah) yang gilang-gemilang dan mereka sentiasa muwajihah (menghadap Wajah Allah) Yang Maha Agung. Mereka tiada lupa kepada Allah sesaat pun. Hati dan ruh mereka telah bersih sebersih2nya dari syirik (syirik khafi), mazumah, dosa2 atau kelalaian. Setiap kata2, perbuatan, duduk dan diam mereka adalah Ibadah. Kecintaan mereka penuh kepada Allah dan musnah kecintaan selain Allah. Inilah setinggi2 kesempurnaan TAQWA dan kesudahan TAQWA.

📗✒ Fakta kesepuluh: Nama lain bagi TAQWA yang sempurna ~ Ihsan:

Setinggi2 TAQWA / sebenar2 TAQWA/ kemuncak TAQWA dikenali dengan beberapa istilah lain yang mendukung intisari makna yang sama iaitu:

Maqam Ihsan

Maqam Arifin

Maqam Sufi sejati

Maqam Mukasyafah Zat

Maqam Haqiqat Insan

Maqam Tajalli

[Perbincangan terperinci bab Taqwa ada di dalam Risalah kami bertajuk "Taqwa Menurut Ahlus Sunnah". Sila rujuk].