Siri 6: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
AHLI MA’RIFAT - PENYAMBUNG CAHAYA NUBUWWAH (ULAMA WARISATUL ANBIYA’ SEBENAR)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ini satu cabang perbincangan yang PALING PENTING ketika membicarakan hal Ahli Ma’rifat @ Ulama Arif Billah @ Shaikh Sufi @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq (yang benar)
● Dikatakan penting kerana Ahli Ma’rifat adalah penyambung dan pewaris sebenar Risalah Rasulullah
● Dikatakan penting kerana mereka adalah pendidik Ummat kepada Ketuhanan.
● Dikatakan penting kerana mereka mewarisi hakikat “Nur Muhammad” yang menyinari seluruh pelusok bumi hingga hari Qiamat.
✳Ahli Ma’rifat dikatakan “Arif Billah" kerana mengenal Allah dengan sebenar2 kenal melalui pandangan matahati dan ruh.
✳Ahli Ma’rifat juga dikatakan “Ulama Warisatul Anbiya” kerana merekalah penyambung Risalah Muhammad ﷺ.
✳Ahli Ma’rifat dikenali sebagai “Ahli Sufi”, kerana sucinya hati mereka dari semua kesyirikan, sifat2 mazmumah dan dari dosa2.
✳Ahli Ma’rifat dikatakan “Mursyid” kerana mereka diberi oleh Allah sifat rashid iaitu menyucikan batin murid2nya.
✳Ahli Ma’rifat juga dikenali sebagai “Ahli Hikmah” kerana mereka memperoleh kebijaksanaan dari Allah dan menyebarkannya di tengah2 manusia.
✳Ahli Ma’rifat juga dipanggil “Murabbi” kerana mereka adalah pendidik, pembimbing dan pengasuh murid2 pada jalan Ma’rifat Ilahiyyah.
Demikianlah berbagai2 panggilan dan nama tetapi merujuk kepada orang Mu'min yang sama.
Ramai yang tak mengerti bahagian ini. Ramai beranggapan Ahli Ma'rifat seperti ahli silap mata membuat berbagai perkara ajaib yang mencengangkan manusia. Masya Allah, betapa jauhnya dari fahaman sebenar.
Di satu sudut lain, ramai pula orang Islam tenggelam di dalam samudera kegelapan. Orang2 alim kitab (alim yang hanya tahu hukum fiqh), sibuk dengan kemegahan dan dunia yang hina. Hanya sebahagian kecil orang beriman terus menjadi pendokong “BAHTERA NABI” yang Nabi wariskan. Hanya sedikit dari yang sedikit ingin menaikinya. Kebanyakannya hanya melihatnya berlalu kerana pada sangkaan mereka, ia cuma “bahtera” usang yang tiada nilai.
Alangkah ruginya mereka!
Alangkah ruginya orang yang telah melihat Nabi, tetapi tidak beriman kepada Nabi. Alangkah ruginya manusia2 yang melihat wajah Nabi yang mulia, tetapi terdinding dari melihat “cahaya Nubuwwah” pada Baginda.!
Dan kini, rugi juga mereka yang telah melihat “bahtera Nubuwwah” tetapi tiada melihat hakikat Nubuwwah di sebalik bahtera tersebut.
Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anibya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki (seperti perbincangan kita pada Siri ke-5.)
Berkata Imam Jilani,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Maka fahamilah dengan penjelasan ini bahawa istilah “ Ma’rifat “, “Ahli Ma’rifat”, “Arif Billah” dan seumpamanya BUKAN barang mainan, BUKAN sekadar gelaran, BUKAN lantikan manusia, BUKAN ijazah university, BUKAN anugerah Pemerintah2 Kerajaan dunia.
Sebaliknya orang2 yang mencapai “maqam” tersebut adalah hamba2 Mukmin pilihan Allah yang memegang AMANAH BESAR sebagai Pewaris Nabi, sebagai pembimbing dan pendidik Ummat, sebagai obor yang sentiasa menerangi alam dengan cahaya Tauhid dan Keimanan.
Sebagaimana Rasulullah memimpin para Sahabat kepada keimanan dan Ma’rifat sehingga mereka mejadi insan2 yang benar2 mengenal Allah, bertaqwa dan di redhai Allah, maka demikianlah tugas Warisatul Anbiya adalah memimpin Ummat kemudian dari kewafatan Rasulullah sehingga akhir zaman. Pada setiap zaman akan tetap wujud Warisatul Anbiya’ yang benar ini bagi menyambung cahaya Islam yang telah didirikan oleh Junjungan Besar Rasulullah . Hakikatnya ia merupakan janji Allah sebagaimana Firman-Nya :
يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
"Orang-orang kafir ingin memadamkan cahaya Allah dengan ucapan-ucapan mereka, sedang Allah pasti menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir membencinya.”
[As-Saff ( 61): ayat 8]
Ketahuilah cahaya Islam tidak pernah padam dan tidak pernah malap. Sejak obor2 Islam dinaikkan oleh Junjungan Besar Rasulullah, cahaya Islam tetap menjulang tinggi setinggi2nya hingga Arasy, tiada pernah suram walau sesaat pun. Apa yang terlihat oleh manusia sejagat sebagai kemunduran, kelemahan, kepincangan, kerosakan adalah diri orang2 Islam, diri penganut2nya, diri pendokong2nya.. yang silih berganti antara yang lemah dan kuat. Apa yang dikata orang sebagai “kejatuhan” dan “kebangkitan” Islam adalah cuma pada permukaannya, BUKAN ”batin” nya, BUKAN “ruh” nya, BUKAN “hakikat” nya, BUKAN “rahsia” nya.
Hakikatnya RUH Islam TIDAK pernah mundur apalagi jatuh…!
Islam TIDAK pernah suram atau padam, kerana wujudnya penyambung “cahaya Nubuwwah” dari kalangan kekasih2 Allah yang kita baru bicarakan tadi, merekalah Ahli2 Ma’rifat yang mewarisi zahir dan batin Nabi. Mereka menanggung hakikat “Nur Muhammad” di dada mereka, sehingga Islam tetap teguh bercahaya di seluruh Alam sepanjang zaman…! Apabila wafat seseorang Ahli Ma’rifat ini, maka akan digantikan oleh Allah dengan Mukmin yang lain.
Kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:
“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Tetapi, berapakah jumlah mereka dan di manakah mereka berada? Semua itu hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agama-Nya dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi ruhaninya membumbung tinggi ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para penda'wah kepada agama Allah yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”
[Nahjul Balaghah]
Di sini mungkin ada yang musykil, siapa yang pilih mereka, siapa lantik mereka dan apa cara ummat Islam mengetahui kebenarannya?
BAGAIMANA PERLANTIKAN AHLI MA’RIFAT BERLAKU / SIAPA MELANTIK MEREKA?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Bagaimanakah perlantikan Ahli Ma’rifat berlaku?
Siapakah yang melantik mereka?
Adakah ianya pilihan Guru yang memimpin?
Perkara ini memerlukan suatu penjelasan yang sangat panjang. Ini kerana ianya berkait dengan sejarah warisan Rasul kepada sahabah, turunnya Ilmu Warisan Nabi secara bai’at dan musyafahah, tingkatan perjalanan keruhanian Ma’rifat, Maqam2 Ma’rifat, syarat2 Jamaah Sufi dan banyak lagi
Secara ringkasnya kita katakan,…
Ahli Ma’rifat atau dikenali juga sebagai Ahli Sufi atau Shaikh Mursyid atau Murabbi adalah lantikan Allah yang diilhamkan oleh Allah kepada Pewaris2 Nabi turun-temurun sejak kewafatan Nabi.
Apabila seseorang hamba Allah telah sampai kepada Maqam Ma’rifat yang layakkan beliau menjadi Ahli Ma’rifat, maka akan sampai berbagai ilham kepada Gurunya untuk mengisytiharkan seseorang Anugerah Allah tersebut.
Inilah rahsia Ma’rifat, rahsia Ilmu Ahlus Sunnah yang turun-temurun, sambung-menyambung sejak kewafatan Nabi dari satu generasi kepada satu generasi berikutnya, dari Sahabat Rasulullah berpindah kepada Tabiin kemudian kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam2 berikutnya dan berikutnya sehingga ke zaman ini dan akan bersambung sampai Qiamat, tiada putus. Tiada siapa boleh menggugatnya, dan tiada mana2 kuasa dunia mampu menghalangnya…!
Inilah juga satu2nya rahsia dan senjata tersembunyi yang tiada dapat dipintas oleh mana2 kuasa manusia.
Iaitu "kunci" senjata rahsia Islam ini adalah pemiliknya Ahli Ma'rifat. (Disebut juga Majlis Auliya Allah.)
Ahli Ma’rifat BUKAN lantikan manusia…!
BUKAN lantikan politik negara!
BUKAN juga pilihan Gurunya !
Tetapi ianya semata2 pilihan dan anugerah Allah!
Kemudian timbul persoalan lagi….
Bagaimanakah ummat boleh mengetahui kebenaran seseorang yang dikatakana Ahli Ma’rifat?
Bagaimanakah ummat boleh bezakan di antara Ahli Ma’rifat yang sebenar dengan yang palsu?
Bagaimanakah ummat mengetahui tanda2 kebenaran seseorang Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Mursyid @ Ulama Warisatul Anbiya ?
Semua persoalan di atas adalah persoalan yang sangat penting bagi memastikan ummat ini tidak terpedaya dan tertipu dengan golongan2 palsu yang menyamar sebagai Ahli Ma’rifat, Ahli Sufi, Mursyid, Murabbi dsb.
Untuk menjawabnya....Penjelasan yang terperinci berkenaan hal ini telah kita paparkan pada tajuk "Syarat Shaikh Pewaris Nabi yang sebenar" – sila rujuk)
Bersambung siri ke-7… Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan:
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



