بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 6: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah

Blog post description.

PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH

8/16/20262 min read

SIRI 6 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TINGKATAN PERTAMA TAQWA ....sambungan

----------------------------------------------------------------

Apabila seseorang hamba Allah dapat melakukan semua ini, iaitu mengerjakan sekalian perintah Allah yang WAJIB dan meninggalkan yang HARAM, sebagaimana huraian yang dikehendaki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka inilah yang dikatakan TAQWA. Dan TAQWA ini adalah peringkat permulaan TAQWA. Iaitu TAQWA orang2 beriman yang mula melangkah kepada mengenal Allah dan ubudiyyah kepada-Nya.

Mereka mula mendidik diri mereka untuk menjadi hamba2 Allah.

Jika ada bertanya adakah ini bermakna seseorang itu tak berdosa langsung baru dikatakan TAQWA?

Maka jawapannya : BENAR!

Ini kerana Taqwa adalah himpunan sekalian sifat2 kebaikan yang suci bersih dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri menta'ati Allah pada setiap masa dan keadaan.

Tentu ada yang hairan dan menganggap ianya mustahil kerana kita sebagai manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Jawapannya :

Benar!

Manusia Muslim pada peringkat awam tidak terlepas dari melakukan dosa2 kecil dan seringkali juga terjebak kepada dosa2 besar.

Orang2 alim fiqh (Alim yang semata2 amalkan fiqh tetapi meninggalkan tasawwuf) juga tidak terlepas dari dosa2. Sekalipun mungkin mereka tidak minum arak atau judi dsb yang dosa2 besar zahir, tetapi mereka tidak terlepas dari melakukan dosa2 batin syirik khafi iaitu syirik tersembunyi ujub, riya, sum'ah, takabbur, tawakkal makhluq

Jadi tentu ramai musykil mana mungkin mencapai Taqwa dengan pemgertian yang disebutkan.

Jika seseorang hamba Allah tersalah/tergelincir dan melakukan dosa, lalu dia segera TAUBAT dan kembali kepada Allah, maka jadilah dia kembali bersih dan BERTAQWA….!

Bukankah Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menjanjikan setiap orang bertaubat (dengan TAUBAT NASUHA) adalah seperti orang yang tidak berdosa ?

Ertinya tiap2 orang beriman yang telah tergelincir lalu melakukan dosa, dan dia segera TAUBAT NASUHA serta banyak2 menyebut kalimah Tayyibah, Zikir La Ilaha Illa-Allah maka jadilah dia suci kembali.

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:

“Perbaharuilah iman kalian!” Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?” Baginda bersabda: “perbanyakkanlah oleh kalian ucapan Laa ilaaha Illallah”

[Imam Ahmad dan Imam Thabarani]

Hadith ini berikan isyarat penting berkenaan "Rosaknya Iman" disebabkan dosa2 terutama kerana syirik khafi.

Apabila seseorang terbuat kesalahan terutama syirik khafi lalu dia taubat segera dan berzikir "Laa ilaaha Illallah” banyak2, maka jadilah dia bersih kembali. Sebaliknya jika dia tidak peduli dan biarkan hatinya terpalit dengan dosa2 tersebut, maka lama kelamaan hati dia akan diliputi kehitaman akibat dosa yang akhirnya menjerumuskannya kepada kufur, nifaq dan zindiq tanpa dia sedar.

Wal Iyazubillah.

Inilah sebabnya Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid yang siddiq yang mewarisi Nabi, menekankan WAJIB nya berguru kepada Shaikh Mursyid yang siddiq untuk mengikis buang semua kesyirikan, mazmumah dan dosa2 dari HATI, AQAL dan RUH sehingga seseorang Muslim benar2 suci bersih zahir dan batin.