بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 67: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 5: Syarat Mursyid yang Siddiq

sambungan.....

Syarat ke-5: Da'wah - Amr Bil-Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini. Seorang Mursyid sangat terlatih untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran melalui nasihat-nasihat, teguran-teguran dan amaran-amaran kepada murid-muridnya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.

Sepanjang sejarah Islam, Mursyid Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam. Mereka sering memberi amaran-amaran kepada semua manusia, termasuk pemerintah-pemerintah yang melakukan pelbagai kezaliman.

Syarat ke-6: Bersifat Siddiq (Benar) dalam Perkataan dan Perbuatannya

Seorang Shaikh yang benar adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya. Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq.

Ini amat berbeza dengan Ulama-ulama As-su (Ulama jahat) dan Ulama sesat yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu. Mereka sanggup menipu Ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah atau Pemimpin. Mereka adalah “Ulama-ulama” politik yang menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

Bersambung siri 412 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 411)

■■■■■■■■■■■■■■■■■