بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 7: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 7 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

8.0 KUNCI MEMAHAMI MAQAM RASUL DAN NABI


Kekeliruan sebahagian Ummat ini dapat difahami daripada kejahilan mereka memahami haqiqat Nubuwwah, yang berterusan sehingga Hari Qiamat. Sedangkan Bai’at adalah suatu yang berkait rapat dengan Nubuwwah dan Risalah.

Rasulullah ﷺ diutuskan oleh Allah Ta’ala sebagai Rasul terakhir yang membawa Syari’at Islam, maka TIDAK akan ada lagi Rasul yang memperbaharui Syari’at sesudah itu. Tetapi Maqam Nubuwwah dan Maqam Risalah akan berterusan sehingga ke hari Qiamat.

Apakah maksudnya?

Maksudnya, akan ada di kalangan Ummat ini, manusia2 pilihan Allah yang menduduki Maqam Nubuwwah dan Maqam Risalah bagi menyambung tugas dan AMANAH Rasulullah ﷺ sehingga ke hari Qiamat.

Baca dah faham baik2 ..!

Memang benar, TIDAK akan ada Rasul atau Nabi yang membawa Syari’at baru tetapi akan ada hamba2 pilihan Allah yang mewarisi Ilmu dan Rahsia Ilahiyyah di dada mereka sehingga ke hari Qiamat. Mereka inilah Warisatul Anbiya yang siddiq.

Ghawthul A’zom Qutb Rabbaniy Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه dan Shaikh Ibnu Arabiy رضي الله عنه membicarakan hal ini di dalam tulisan2 mereka dengan amat luas sekali. Di sini kita cuma akan menukilkan sebahagian daripadanya yang memadai bagi salikin /murid.