Siri 7: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Bagaimana Puasa Ramadhan Membentuk Taqwa
Pada siri yang lalu kita telah huraikan sepintas lalu makna TAQWA, hakikat TAQWA dan bagaimana proses pembentukan TAQWA terbina di dalam HATI.
Huraian tersebut adalah qaidah umum Tarbiyyah menurut Sistem Pendidikan Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Sufi yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ . Sistem Pendidikan Ahli Sufi meliputi berbagai pendekatan, uzlah, khilwah, mujahadah lawan nafsu, wirid2 tertentu dengan penumpuan khusus kepada Zikrullah sebagai ASAS tarbiyyah HATI. Sistem ini diwarisi turun-temurun dari Qaidah Pendidikan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ ke atas para Sahabah. Kemudian para Masyaikh (jamak bagi Shaikh Mursyid) yang mewarisi Ilmu ini dari Sahabat ridhawanullah telah berijtihad dari semasa ke semasa menghimpunkan kesemua Taribiyyah Rasulullah ﷺ tersebut sebagai Suatu Sistem yang sistemetik dan lengkap.
Di bahagian ini kita akan melihat secara khusus bagaimana puasa dan keseluruhan ibadah Ramadhan, membawa kepada penyucian HATI, menerbitkan cahaya HATI dan menerima Curahan Cahaya Rabbaniyyah yang menerbitkan TAQWA sebagaimana tuntutan Allah ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ).
Allah Ta'ala taqdirkan Ramadhan sebagai bulan mulia, Menghimpunkan banyak kebaikan dan anugerah, tawaran keampunan-Nya melebihi bulan2 lain, tawaran kemurahan-Nya yang tiada terbatas, tawaran ganjaran amal berlipat kali ganda sehingga menyamai ibadah 1,000 bulan. Sehingga apabila seseorang hamba Allah sungguh2 "Tunaikan Ibadah Ramadhan", (maksudnya sungguh2 berpuasa mengikut hukum syariat, dan adab tertib batin hatinya serta menunaikan ibadah2 lain sepanjang Ramadhan) maka jadilah HATI itu suci sebersih2nya.
Persoalannya - Bagaimanakah Proses Penyucian hati berlaku?
Berikut adalah ringkasan jalan2 terjadinya penyucian HATI hamba2 Allah yang benar2 berpuasa dengan jiwa raganya,



