بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 7: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 2: Definisi

sambungan.....

Penjelasan 5: Keberadaan Mursyid

Adalah Kemestian Kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah suatu kemestian pada setiap zaman. Mereka tetap akan wujud dengan Kemurahan Allah sampai Qiamat. Ertinya Allah Ta’ala pasti menzahirkan Mursyid Pewaris Nabi pada setiap zaman dan wilayah bagi memelihara kesucian Agama-Nya dan menunjukki manusia “Jalan Lurus”, “Jalan Kebenaran”, “Jalan Rasulullah ﷺ yang benar” serta menjauhkan mereka daripada kesesatan.

Tanpa pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) manusia tidak mampu mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki, bahkan sebaliknya mereka akan jatuh kepada kefasikan, kesesatan dan kekufuran tanpa mereka sedari. Mereka akan mengikut jalan-jalan kebatilan yang diwujudkan oleh iblis dan manusia-manusia jahat. Mereka akan mengikut Ulama As-su, Ulama nafsu, Ulama politik keji dunia seperti yang berlaku pada zaman ini. Wal Iyazubillah.

Bersambung siri 350 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 349)

■■■■■■■■■■■■■■■■■