Siri 7: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagaimana Terbentuknya Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Sepertimana kita telah menyebut pada beberapa kesempatan sebelum ini, Jalan Ma’rifat Ilahiyyah (Mengenal Ketuhanan melalui hati dan ruh) adalah Sistem Tarbiyyah (Pendidikan ) yang diambil dari sistem Pendidikan Rasulullah terhadap para sahabat Baginda. (ertinya bukan fikir aqal mereka, jauh sekali dari nafsu kepentingan dunia)
Para Ulama Arif telah mengambil dengan begitu cermat sekali setiap cetusan cahaya Al-Qur’an dan suluhannnya dari setiap langkah Rasul bagi menyusun suatu Madrasah Pendidikan Ma’rifat yang unggul mengatasi sekalian pendidikan lain yang difikir dan dibuat oleh manusia.
Madrasah suci ini, yang dibina oleh Rasulullah, kemudiannya diwarisi oleh para sahabah, kemudian diwarisi oleh para Tabiin, kemudian oleh Imam2, dan Shaikh2 kemudiannya mengambil bentuk dan sifatnya tersendiri yang dikenali sebagai Toriqat Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Ma’rifat.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak dinamakan Madrasah Rasulullah atau Madrasah Al –Qur’an? Bukankah nama itu lebih tepat.?
Jawapannya:
Selepas kewafatan Rasulullah , khususnya selepas kewafatan Sayyididina Ali Karramallahu Wajhah, Ummat Islam telah berpecah belah. Masing2 mengeluarkan pendapat sendiri dan membentuk kelompok sendiri. Masing2 mendakwa kelompok mereka yang benar sedangkan kebanyakan kelompok tersebut adalah kelompok serpihan yang memisahkan diri dari Jamaah Muslimin umumnya (iaitu terkeluar dari “Al-Jamaah”) .
Perlu diingat kembali wasiat Rasulullah , bahawa Ummat ini akan berpecah kepada berbagai golongan yang kesemuanya sesat kecuali satu iaitu yang tetap pada “Jamaah”.
Maka demikian halnya, para Ulama Arif yang menjadi penyambung Risalah Rasulullah , mengambil bentuk dan pola tersendiri yang kemudiannya dikenali sebagai Toriqat Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Ma’rifat, guna membezakan antara berbagai kelompok yang tersesat dari kebenaran dan menjadi pelopor Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sistem Pendidikan mereka menjadi suatu Madrasah khusus yang kemudiannya melahirkan ribuan Ulama2 Ahlus Sunnah yang benar2 mempertahankan kesucian Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bahkan
adalah suatu fakta yang tiada siapa pun dapat menafikannya, bahwa setiap Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah dan Mujaddid (Pembaharu kegemilangan Islam) adalah lahir dari Madrasah ini, seperti akan datang huraiannya. Insya Allah.
Wallahu A'lam
Bersambung siri ke- 8...Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan:
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



