بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 7: Syari'at Dan Toriqat Rasulullah ﷺ

KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ (Siri 7)

SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ

8/3/20261 min read

■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ

(Siri 7)
■■■■■■■■■■■■■■■■■

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Dalil 2: Firman Allah:


يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

“(Ingatlah akan) hari (Qiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
[Aali- Imran (3) : Ayat 106]

Tafsiran umum:
Firman Allah di atas BUKAN ditujukan kepada orang kafir tetapi kepada golongan orang Islam pada awalnya kemudian mereka berpaling menjadi kafir. Ini kerana ayat Allah : “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?” Ertinya di kalangan orang Islam sendiri yang mengaku beriman tetapi pada hakikatnya mereka sudah jatuh murtad atau kafir terang-terangan. Wal Iyazubillah.


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Menurut Ibn Abbas, wajah mereka yang putih berseri adalah pendokong Sunnah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan muka mereka yang hitam legam adalah pendokong Bid’ah sesat [Khawarij (wahhabiyyah), Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain berjumlah 72 golongan].
[Tafsir Qurtubi]

Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:
"Pengikut-pengikut Ahlus Sunnah akan bersinar dengan cahaya putih dan pendokong Bid'ah dan perpecahan akan menjadi gelap."
[Tafsir Ibn Kathir]

Berkata Sayyidina Abu Umamah Radhiallahu anhu:
Mereka yang wajah mereka hitam legam (merujuk Firman Allah Aali-Imran ayat 106) adalah kaum Khawarij (golongan pemberontak paling awal) dan wajah mereka yang bercahaya adalah orang-orang yang mereka bunuh.
[Imam Tirmizi]

Bersambung siri 8 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ