Siri 8: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 8 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9.0 DALIL WUJUD KESINAMBUNGAN MAQAM NUBUWWAH DAN RISALAH
Secara khusus, apabila disebut "khalifah" dan "sahabat".... maka ini merujuk kepada insan2 terpilih yang hidup di zaman Rasulullah ﷺ, beriman kepada Baginda Rasulullah ﷺ. serta sungguh2 berjuang menyerahkan diri zahir batin kepada Allah dan Rasul-Nya.
Namun secara umumnya, istilah2 tersebut tidak terbatas pada hayat Rasulullah ﷺ. tetapi bersambung selepas kewafatan Baginda, kepada Sekalian Pewaris2 Baginda yang siddiq (benar).
Iaitu tabiin, tabiit tabiin, Imam, Shaikh, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah ﷺ. sambung-menyambung melalui talaaqi musyafahah (menghadap dan menerima dari lisan guru) dan baiat (janji setia).
Berikut adalah Dalil2 penting berkenaan hal ini:
DALIL 1:
Firman Allah :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf : ayat 108]
Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (dikenali sebagai Shaikh Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq).
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’. (Surah al-Kahfi : ayat 17)
[Demikianlah penjelasan Imam Jilani di dalam Kitab beliau Sirrul-Asrar Fi Ma-Yahtaju Ilayhil Abrar.]
Tafsiran ayat "orang yang mengikuti daku" secara khusus seolah2 menujukkan kepada sahabat yang hidup bersama Rasulullah, tetapi tafsiran yang lebih luas adalah sebagaimana Tafsiran Imam Jilani menunjukkan kepada sekalian Warisatul Anbiya yang merupakan pengikut yang mengikuti Khalifah Baginda turun-temurun tanpa putus.



