Siri 8: Menuntut Ilmu Agama
Kewajipan Menuntut Ilmu Agama
MENUNTUT ILMU


Penjelasan SIRI 8: Kami merujuk internet kerana kebanyakan Muallim, Ustaz, Ulama menipu?
(1) Kebanyakan Ustaz, Muallim, Ulama zaman ini termasuk "Ulama jahil" yang menipu, memberi fatwa yang sesat dan menyesatkan?
(2) Ustaz, Muallim, Ulama sibuk dengan dunia dan sibuk dengan politik jahat?
(3) Akibatnya, orang ramai hilang kepercayaan dan merujuk internet untuk mendapat jawapan kepada persoalan hidup mereka!
(4) Dari suatu sudut, kamu benar. Inilah Akhir Zaman, zaman terjadi amaran Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah Tidak Mencabut Ilmu dengan cara merentapnya (hilangkan sekali gus daripada dada manusia). Akan tetapi, Allah Mencabut Ilmu dengan matikan Ulama. Sehinggalah apabila tiada lagi seorang pun orang alim (Ulama), ketika itu orang ramai akan melantik pemimpin-pemimpin yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka akan berfatwa sewenang-wenang tanpa Ilmu. Mereka itu sesat dan menyesatkan."
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(5) Walau bagaimanapun masih tersisa Ulama Allah yang benar, jujur dan amanah.
(6) Mohonlah Pertolongan Allah agar Dia menunjuki Ulama yang Siddiq (benar) sehingga kamu benar-benar menempuh Jalan yang Di-Redhai-Nya!
========================
Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
========================
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: TUNTUT ILMU FARDHU 'AIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullahﷺ
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq



